MALAYSIA 1-1 SINGAPURA
Kecewa? Ya..memang keputusan yang mengecewakan.
Punca kekalahan? Pada pendapat aku punca utama ialah
kegugupan pemain negara bermain di bawah sokongan berpuluh ribu
penyokong Malaysia yang memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mungkin mereka terkena "reversed psikologi" yang mana puluhan ribu
penyokong itu sepatutnya menambahkan semangat tetapi sebaliknya
menambahkan tekanan kepada mereka.
Adat permainan ada kalah dan ada menang.Tapi di sebalik kekecewaan,
timbul perasaan gembira dan bangga dalam hatiku..
Gembira dan bangga dengan kebangkitan semangat Harimau Malaya di dalam diri
rakyat Malaysia yang sudah lama kita tidak dapat saksikan.
Adat permainan ada kalah dan ada menang.Tapi di sebalik kekecewaan,
timbul perasaan gembira dan bangga dalam hatiku..
Gembira dan bangga dengan kebangkitan semangat Harimau Malaya di dalam diri
rakyat Malaysia yang sudah lama kita tidak dapat saksikan.
SYABAS aku ucapkan kepada anda semua, rakyat MALAYSIA!
Stadium Nasional Bukit Jalil "full house" untuk pertama kalinya melibatkan
pasukan bolasepak Malaysia.
Yang tidak berkesempatan untuk ke stadium,memenuhi kedai-kedai makan
untuk memberikan sokongan tidak terhingga.Sampai aku rasakan aku berada di stadium tadi
dengan jeritan sokongan yang tak terhingga.
Para penyokong baik di stadium mahupun di kedai-kedai makan ini tidak berganjak
sehinggalah tiupan wisel penamat.Jarang sekali kita dapat melihat semangat seperti ini.
Kepada pasukan bolasepak negara,aku ucapkan tahniah kerana berjaya melahirkan semula
semangat Harimau Malaya kepada rakyat Malaysia.
Teruskan mencuba dan berusaha untuk mencapai kegemilangan di masa hadapan.
Akhir kata "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
AuMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!
Sambungan dari :