Nuffnang Ads

Showing posts with label apek.malaysia. Show all posts
Showing posts with label apek.malaysia. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka

Klik jalur gemilang untuk sertai kontes Aku Anak Malaysia Merdeka
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Aku anak Malaysia Merdeka !! Setiap tahun, pada 31hb Ogos laungan Merdeka ini pasti akan bergema dari mulut setiap insan di bumi Malaysia ini..Ya ! Aku Anak Malaysia Merdeka ! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

54 tahun telah berlalu.Aku Anak Malaysia Merdeka! Alhamdulillah,kita dapat lihat pembangunan demi pembangunan.Negara dalam keadaan aman.Tiada peperangan,pemberontakan dan persengketaan yang dapat menggugat kesetiaan.

Aku Anak Malaysia Merdeka! Bulan ini kibaran Jalur Gemilang berada di merata-rata.Sematkanlah jiwa dengan perasaan bangga Aku Anak Malaysia Merdeka!, di mana jua anda berada.Biar satu dunia tahu kita bangga sebagai Aku Anak Malaysia Merdeka!



Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka
biar apapun terjadi
biar apapun dijanji
mengkhianati
tidak sekali kali

Aku Anak Malaysia Merdeka
biar apapun dikata
biar apapun didusta
semangat membara
senantiasa di dalam dada

Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Tahun ini,kita menyambut Hari Raya dan Hari Merdeka serentak..2 sambutan utama di bulan yang sama.Ianya pasti akan menambahkan kegembiran.Aku Anak Malaysia Merdeka ! 
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"
Marilah menjiwai Aku Anak Malaysia Merdeka!!!



Hmmm,nak kena tag 5 orang kawan untuk kontes Aku Anak Malaysia Merdeka ni..

1.RafinaMimi
2.Wa_gurlz
3.Saiful
4.MahaMahu
5.BenAshaari




Thursday, July 28, 2011

Malam MengAUMMM !! - The Result

MALAYSIA 1-1 SINGAPURA

Kecewa? Ya..memang keputusan yang mengecewakan.

Punca kekalahan? Pada pendapat aku punca utama ialah 
kegugupan pemain negara bermain di bawah sokongan berpuluh ribu
penyokong Malaysia yang memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Mungkin mereka terkena "reversed psikologi" yang mana puluhan ribu 
penyokong itu sepatutnya menambahkan semangat tetapi sebaliknya
menambahkan tekanan kepada mereka.






Adat permainan ada kalah dan ada menang.Tapi di sebalik kekecewaan,
timbul perasaan gembira dan bangga dalam hatiku..

Gembira dan bangga dengan kebangkitan semangat Harimau Malaya di dalam diri
rakyat Malaysia yang sudah lama kita tidak dapat saksikan.


SYABAS aku ucapkan kepada anda semua, rakyat MALAYSIA!

Stadium Nasional Bukit Jalil "full house" untuk pertama kalinya melibatkan
pasukan bolasepak Malaysia.
Yang tidak berkesempatan untuk ke stadium,memenuhi kedai-kedai makan
untuk memberikan sokongan tidak terhingga.Sampai aku rasakan aku berada di stadium tadi
dengan jeritan sokongan yang tak terhingga.



Para penyokong baik di stadium mahupun di kedai-kedai makan ini tidak berganjak
sehinggalah tiupan wisel penamat.Jarang sekali kita dapat melihat semangat seperti ini.

Kepada pasukan bolasepak negara,aku ucapkan tahniah kerana berjaya melahirkan semula
semangat Harimau Malaya kepada rakyat Malaysia.
Teruskan mencuba dan berusaha untuk mencapai kegemilangan di masa hadapan.
Akhir kata "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

AuMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!



Sambungan dari :








Entri-entri lain