Nuffnang Ads

Monday, August 29, 2011

Update : Diari Ramadhan shot #30 - Selamat Hari Raya Merdeka!

Esok dah 1 Syawal jadi hari ni ada 2 entri Diari Ramadhan aku.


Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
kepada rakan-rakan blogger yang dihormati sekelian.
Semoga hubungan kita di dunia blogging ini berkekalan.




Update - Diari Ramadhan #29 - Last minute..

Sangat sibuk hari ini sampai nak "on" laptop pun tak sempat.Banyak persediaan yang perlu diselesaikan.Jadi terpaksalah aku update dengan bb je..
Walau macamana mana "cun" pun perancangan,mesti ada juga yang tertinggal.
Jam 9.40 malam tadi baru wife aku teringat yang kasut raya dia belum beli lagi.Biasalah kaum wanita ni semua kena lengkap.hehehe.Aku sendiri pun tak beli kasut raya.
Tapi tak apa lah.aku pun meneman wife aku beli kasut raya.cepat aje dia pilih sebab dah last minute.kalau tak mau berjam-jam aku kena teman. :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Memang Theater Of Dreams lah!

Fuhh! Malam yang amat puashati! Hilang penat drive balik Kangar dari KL tadi..
8-2 tu result..Memang Theater Of Dreams betul lah!
Malam ni hujan tu yang sang meriam merana tu..Pujian harus diberikan kepada Rooney.Bagi aku dialah Man Of The Match malam ni..Score 3 gol,assist 1 tambah pula dengan larian dan hantaran yang mantap.Influence dia atas padang memang mengkagumkan..
Harap-harap MU dapat kekalkan permainan macam ni hingga akhir musim. GGMU!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 28, 2011

Cara Promosi Makanan Terbaru

Pertama sekali aku ingin minta maaf jika susunan entri aku nampak lain sebab aku up guna email aja.Lagipun aku tak pernah up guna email pun.jadi kalau ok ok lah,kalau tak ok nanti aku adjust lain.. :)
Aku sekarang berada di Subang Jaya atas urusan kerja..semasa melalui kawasan SS15 tadi aku tertarik dengan cara sebuah restoran makanan jepun ni membuat promosi.cuba tengok gambar promosi restoren Rakuzen nih.hehehe..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Update : Diari Ramadhan #28 - Hadiah ulangtahun...


Hadiah ulangtahun perkahwinan aku baru-baru ini..
Setelah isteri aku mendesak bertubi-tubi untuk aku memilih hadiah,
akhirnya aku memilih hadiah seperti yang dalam gambar di atas.

Tapi hadiah aku bukan motor tu yer tapi cuma carrier box tu ajer..Hehehe..
2 hari lagi nak raya kan..puasa elok-elok.. :) 






Saturday, August 27, 2011

Bila dah boring jadi KOOL..

Semalam macam biasa,aku dan rakan-rakan "kamcing" aku kat Perlis ni lepak minum-minum..
Sembang punya sembang,tercetus la satu idea.."Boring weii,asyik minum je.jom photoshoot" cadang rakan aku..yang bestnyer idea tu tercetus pada pukul 12 tengah malam..
Dan hasil photoshoot ni kami buat pada pukul 12.45 pagi..memang" takdak pembuat dah" bak kata orang Perlis,tapi it was fun having such a quality time dengan rakan-rakan. :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Update : Diari Ramadhan #27 - Mereka telah bersedia..






"Papa,kami dah sedia.." :)
Anak-anak dah kosongkan tabung masing-masing untuk kutipan duit Raya pulak..hehe..
Semangat !!!

Hari Blog Nuffnang

Sungguh mengujakan sebab bulan ini kita akan menyambut Hari Raya dan Hari Kemerdekaan serentak.Tapi untuk para blogger yang berdaftar dengan Nuffnang,kita akan juga menyambut 6th Blog Day pada 31 Ogos 2011 ini.


Ya! Nuffnang Celebrates Blog Day 2011!
Apa yang perlu anda buat? Ok..anda hanya perlu membuat satu entri khas "Blog Day" ini dan senaraikan 6 blog yang anda rasakan menarik.Anda juga perlu nyatakan kenapa 6 blog ini menarik dan menjadi pilihan anda untuk dikongsi dengan rakan-rakan blogger Nuffnang yang lain. 

Senang aje kan? Tarikh akhir untuk "publish" entri anda ialah pada 31 Ogos 2011 selewat-lewatnya pukul 11.59pm.Dan jangan lupa isi borang yang disediakan Nuffnang apabila entri anda dah siap.
Nak join "Nuffnang Blog Day"? Klik aje gambar di atas.




Friday, August 26, 2011

Update : Diari Ramadhan #26 - Simpanan & Perlindungan


Nasib baik tak terlupa nak bayar premium bulan ni.
Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.
Tepuk dada tanya selera.Lindungilah keluarga tersayang! :)





Thursday, August 25, 2011

Makanan bulan puasa di Kuala Lumpur..

Mencari makanan berbuka di bulan puasa adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat menarik jika anda tinggal di Kuala Lumpur..

Pasar-pasar Ramadhan di sekitar Kuala Lumpur, sentiasa penuh dengan para-para pembeli yang mencari makanan untuk berbuka.Tetapi biasanya,di hujung-hujung bulan puasa ini kadang-kadang kita kehabisan idea."nak makan apa untuk berbuka nanti?"

So,apa kata minggu ini korang tukar selera pulak.Aku ingin mencadangkan satu tempat yang menyediakan makanan Arab yang sangat best.Sangat best untuk selera aku la..korang kena pergi cuba dulu.Sekali sekala bulan puasa ini,apa kata korang pergi berbuka di Sawarabina Cafe yang terletak di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Tempat ni memang sempoi & santai jer..Makanan dia bagi aku amat menyelerakan.Banyak pilihan menu untuk korang pilih untuk berbuka di bulan puasa ini.Rasanya orang -orang Kuala Lumpur tahukan kat mana Tasik Titiwangsa?? :) tak susah pun nak cari..



Makanan pilihanku masa tu ialah Mixed Grill.gabungan Kebab Ayam, Kebab Kambing,Kambing Panggang & Shish Tawouk.Kuantiti makanan yang dihidangkan memang banyak yer..ni pun aku share ngan wife aku,kalau tak susah gak nak dihabiskan..Tapi bulan puasa ni silap-silap sepinggan ni aku sorang je habiskan..hehehe..oppsss jangan tamak dan terlalu ikut nafsu yer..
Aku pun kalau turun Kuala Lumpur bila-bila,nak pergi terjah lagi tempat ni pasal banyak lagi makanan yang belum di cuba,try & test. :)
Selamat Berbuka Puasa semua !! 





Aku Anak Malaysia Merdeka

Klik jalur gemilang untuk sertai kontes Aku Anak Malaysia Merdeka
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Aku anak Malaysia Merdeka !! Setiap tahun, pada 31hb Ogos laungan Merdeka ini pasti akan bergema dari mulut setiap insan di bumi Malaysia ini..Ya ! Aku Anak Malaysia Merdeka ! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

54 tahun telah berlalu.Aku Anak Malaysia Merdeka! Alhamdulillah,kita dapat lihat pembangunan demi pembangunan.Negara dalam keadaan aman.Tiada peperangan,pemberontakan dan persengketaan yang dapat menggugat kesetiaan.

Aku Anak Malaysia Merdeka! Bulan ini kibaran Jalur Gemilang berada di merata-rata.Sematkanlah jiwa dengan perasaan bangga Aku Anak Malaysia Merdeka!, di mana jua anda berada.Biar satu dunia tahu kita bangga sebagai Aku Anak Malaysia Merdeka!



Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka
biar apapun terjadi
biar apapun dijanji
mengkhianati
tidak sekali kali

Aku Anak Malaysia Merdeka
biar apapun dikata
biar apapun didusta
semangat membara
senantiasa di dalam dada

Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Tahun ini,kita menyambut Hari Raya dan Hari Merdeka serentak..2 sambutan utama di bulan yang sama.Ianya pasti akan menambahkan kegembiran.Aku Anak Malaysia Merdeka
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"
Marilah menjiwai Aku Anak Malaysia Merdeka!!!



Hmmm,nak kena tag 5 orang kawan untuk kontes Aku Anak Malaysia Merdeka ni..

1.RafinaMimi
2.Wa_gurlz
3.Saiful
4.MahaMahu
5.BenAshaari




Update : Diari Ramadhan #25 - Aku, Blackberry & Nescafe..

Aku, Blackberry & Nescafe
Andai dipisah,lemah tiada berjiwa..keh keh keh.. :)





Wednesday, August 24, 2011

WW - Among us watching..

Wordless Wednesday


They are here.........








Update : Diari Ramadhan #24 - Jadilah diri sendiri..jangan bermuka topeng..

Dalam kehidupan ini, jadilah diri sendiri kerna hanya dengan itu keikhlasan kita akan lebih terserlah


6 hari saja lagi untuk kita Menyambut Hari Raya
Yeehaaa...mengalahkan anak-anak pulak aku nih. :)





Tuesday, August 23, 2011

EPL 2011/2012 - Manchester United 3 - 0 Tottenham Hotspur

Manchester United memulakan kempen EPL 2011/2012 dengan baik apabila membelasah Tottenham Hotspur 3-0 di Old Trafford pagi tadi.

Sayang sekali aku terlajak tidur..so,hanya dapat melihat keputusan aje la pagi tadi masa bangun sahur..Semoga rentak kemenangan ini dapat diteruskan apabila bertemu Arsenal pada hari Ahad depan. 

Apa yang sangat menarik perhatian aku, ialah bagaimana pemain-pemain muda skuad Red Devils seperti Wellbeck,Cleverly,Jones,Smalling dan lain-lain  ini telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini.Dengan kombinasi yang baik dengan pemain-pemain senior yang lain seperti Rooney,Park,Anderson,harapan aku adalah mereka dapat mengekalkan konsistensi mereka musim ini.Sapa tahu,rekod gelaran juara ke -20 dapat di capai !
Glory Glory Man United !!

kepada anda yang terlajak tidur pagi tadi,boleh la melihat sedutan highlight perlawanan ini di bawah..

 Gol yang dijaringkan Anderson menjadi pilihan gol tercantik perlawanan pagi tadi oleh aku.





Update : Diari Ramadhan #23 - Sedetik itu amat bermakna..

Sedetik itu amatlah bermakna bagiku..kadangkala sedetik itu menyebabkan kita terlepas beberapa peluang.oleh itu,hayatilah setiap detik itu agarnya ianya sentiasa terpahat di dalam diari hidup kita..


Seminggu je lagi kita nk Raya !! :)



INFO : Kau lalat,aku pun lalat...

Lalat rumah
Lalat dari keluarga Diptera..boleh dilihat di mana aja lebih-lebih lagi tempat bersampah.. :)
Lalat perompak
Ni pun lalat jugak tapi dari keluarga Asilidae..Sangat popular di kalangan macro photographer..

Jom BlogWalking dengan Aj

Monday, August 22, 2011

QUOTE OF THE DAY

- CREATE BLOG -

- INTRODUCE YOUR BLOG -

- ESTABLISH FOLLOWER & VISITOR -

- REGISTER WITH NUFFnang -

- GAIN $$$$$ -

- HAPPY BLOGGINGS -

((: :))






Update : Diari Ramadhan #22 - Kantoi tak puasa..






Bukan niat aku nak skodeng atau nak kantoikan mereka yang tak puasa..tapi aku secara tak sengaja terkantoikan si dia ni..


Maaf bang,lain kali sembunyi-sembunyi sikit kalau nak makan tu.. :p

Sunday, August 21, 2011

Oh Malaysiaku - Dibelasah pelanggan..

Apa la nak jadi..Bulan Ramadhan bulan yang mulia, tapi ada juga manusia yang perangai macam haiwan.Puasa ke tak taktau la nak kata..Pandai-pandai la korang fikirkan..


Seorang pekerja kedai makan di Taman Mulia,Kuala Lumpur cedera di muka dan badan kerana dibelasah seorang pelanggan yang naik angin sebab makanan yang dipesannya tidak sampai lagi sedangkan sudah dekat dengan waktu berbuka..

Mak aiii..itu je puncanya..Baik kau tak payah puasa..buat penat je..aku amat tak faham dengan orang-orang yang macam ni..kalau aku jadi tauke kedai tu kan,abis je azan aku ajak budak-budak keja belasah balik mamat nih..keh keh keh..boleh ke macam tu!? :p

Apapun, semoga kita sentiasa bersabar menjalani kehidupan ini tak kira la bulan Ramadhan atau tidak..Sama-sama kita menjaga agama,bangsa & negara..

Cerita selanjutnya boleh baca di sini..




'Clash of the Bloggers' Fantasy Team'


Saya pun dah join..salah satu aktiviti yang menarik untuk bloggers..terimakasih diucapkan kepada penganjur.
Nama team saya ialah Apple Green..Saya adalah penyokong kelab Red Devils - Manchester United.

So,tunggu ape lagi,jom JOIN !!! klik mana-mana banner untuk PENDAFTARAN..







Update : Diari Ramadhan #21 - Happy 7th Anniversary..


Untuk Diari Ramadhan kali ini aku post awal sikit sebab ianya jatuh pada tarikh yang istimewa.
Yer..hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinanku yang ke 7..
Terimakasih buat isteriku atas segala-galanya selama ini.Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat.
"Kaulah satu,satunya..di antara berjuta..insan teristimewa.. :)"






Saturday, August 20, 2011

Update : Diari Ramadhan #20 - A tribute to my rakan nescafe !


Hello..is it me you looking for..? :)
"ok malam ni jom minum kat tempat biasa"..
10 hari je lagi nak Raya kan..cepatnya masa berlalu..




Jom BlogWalking Dengan Aj...

Friday, August 19, 2011

GA - Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com


Nak dapatkan duit syiling Malaysia siri Ketiga?
Just klik gambar duit syiling di atas..
Hanya dari Eyriqazz.Com

Untuk kali ini saya nak tag 3 orang kawan saya iaitu :







Kontes Mini Tagline Blog Terbaik 2011


Mari sertai kontes Mini Tagline Blog Terbaik anjuran 2dayblogger ni.
Untuk mengetahui syarat-syarat lanjut, sila KLIK banner di atas.

Setiap detik dan ketika itu adalah sangat berharga dan jika kita dapat merakamnya ianya akan jadi amat bermakna.

 Tagline blog saya "Sedetik itu amat bermakna.."

Update : Diari Ramadhan #19 - Indahnya ciptaanNYA..


Menikmati keindahan ciptaanNYA..
Subhan'Allah..

Selamat Berbuka !! :)

Diari Ramadhan mereka :




Hangat - Peperangan Antara Blogger


Serangggggggggg...kebabooMM !!
Nak join Perang Antara Blogger? Klik banner di atas.. :)





Thursday, August 18, 2011

Take 5 !! Nak BlogWalking sat..excuse me.. :)


Jom follow Along blogWalking nak.. :)

Seronok dapat blogWalking ni..dapat new ideas,etc2
Ada masa nak walking2 lagi.. :)






Update : Diari Ramadhan #18 - Ketatkan mana yang longgar..InsyaAllah..


Destinasi semakin hampir.Adakah kita berjaya menunaikan ibadah Ramadhan dengan sebaiknya.Atau masih adakah ruang-ruang kosong yang sepatutnya boleh kita lebihkan isinya? ketatkan mana yang longgar..fikir fikirkan lah..




Giveaway Raya Cik Kuntum



Saya pun join jugak..Jom followwww... :)





Wednesday, August 17, 2011

My Contest | My Pet


Setelah di tag oleh HH yang sememangnya tahu aku memang suka dengan pets ni, aku pun rasa nak join lah contest nih..CMRatu & Saiful Adli pun dah join..jom la join sama,seronok memeriahkan majlis.. :)

Awang yang brutal.. :)
Oh sebelum terlupa aku kena tag seorang rakan..aku nak tag 




Update : Diari Ramadhan #17 - Ketenangan


Ketenangan menjalani ibadah puasa.
Semoga kita sama-sama memperolehinya..Amin.




Diari Ramadhan #16

Tuesday, August 16, 2011

Update : Diari Ramadhan #16 - Alor Setar, Kedah Darul Aman


Pemandangan dari atas Menara Alor Setar..Mengambil kesempatan mengambil gambar ketika menjalankan kerja-kerja untuk Telekom Malaysia Berhad.

2 minggu sahaja lagi..ayuh..teruskan berpuasa kepada yang mampu.. :)




Update : Diari Ramadhan #15 - As simple as it is..

Alhamdulillah berjaya menunaikan puasa untuk hari ke 15..dah separuh bulan rupanya..sekejap aja masa berlalu kan.
Dan hari ini menu berbuka adalah yang paling ringkas setakat ini tetapi tetap mengenyangkan.

As simple as it is...

Salad dan chicken wing aja untuk berbuka hari ini.Sedap juga tau.. :)




Monday, August 15, 2011

Datuk kecundang lagi..






Harapan Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi Kejohanan Dunia terkandas lagi pada tahun ini di tangan seteru utamanya Lin Dan.Seperti biasa perlawanan berlangsung dengan sengit hingga membawa ke "rubber set" yang mana akhirnya Lin Dan menang 21-22, 21-14, 23-21.


Cuba lagi Datuk, dan pada pendapat saya Datuk hanya perlu kuatkan mentaliti ketika bermain dengan Lin Dan kerana saya dapat lihat Datuk selalu gugup ketika berlawan dengannya.Dari segi lain rasanya tak ada beza sangat pun antara Datuk dengan Lin Dan.

- MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Sunday, August 14, 2011

Hangat - Jom Join Koleksi Blogger Malaysia


Jom kita join Koleksi Blogger Malaysia ni..
Tambah kawan , lebih meriah !!
Tambah perkongsian , lebih indah !!


Saya sudah follow blog blog ni


 anda semua bila lagi ?

Update : Diari Ramadhan #14 - Oh Pinggangku..


Untuk pengetahuan korang,sejak hari Jumaat lagi pinggang aku dah terasa sakit.
Alhamdulillah kesakitannya masih dalam tahap yang aku boleh tahan lagi.

Tapi semalam lain pula ceritanya,aku dah jadi tak mampu untuk menahan kesakitan pinggangku ini.aku hanya boleh meniarap dan baring sahaja.bila nak bangun mesti rasa berat dan sakit sangat.tu belum lagi masa nak duduk.Tuhan saja yang tau..

So,tengah malam semalam aku pun ambil keputusan untuk ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk membuat pemeriksaan.Setelah disaring aku diletakkan dalam kategori Green Zone yang bermaksud tak berapa kritikal.Setelah dipanggil aku pun diarah untuk berbaring di atas katil dan disoalsiasat oleh MO (medical officer).Aku pun diarahkan untuk memberi sampel air kencingku.

Sementara menunggu keputusan ujian air kencing,aku didatangi oleh seorang "misi" yang sangat comel.Dari jauh dia tersenyum padaku..aku membalas senyumannya tetapi senyuman manisku menjadi tawar apabila terpandang sesuatu di tangannya!! Ya,tangannya memegang PICAGARI !!"Encik tolong londeh seluar sikit ye,saya nak bagi injection.."..uwaaaaa !!




Gambar di atas sekali aku ambil setelah diberi injection dan menunggu keputusan ujian air kencingku.
Setelah di uji,mereka dapati semuanya dalam keadaan normal."Kami akan bagi ubat dulu yer,esok kalau still sakit juga kita akan rujuk kepada pakar pulak.." kata MO tersebut..

Dan hari ini ketika dan saat aku meniarap untuk menyiapkan entri Diari Ramadhanku ini,pinggang aku still rasa sakit..Petang ini aku akan pergi ke hospital semula dan berharap mereka dapat detect punca sebenar sakit pinggangku ini ye. DOA-DOAKan sama yer kawan-kawan.. :)

Diari Ramadhan #13


Entri-entri lain