Nuffnang Ads

Tuesday, August 23, 2011

EPL 2011/2012 - Manchester United 3 - 0 Tottenham Hotspur

Manchester United memulakan kempen EPL 2011/2012 dengan baik apabila membelasah Tottenham Hotspur 3-0 di Old Trafford pagi tadi.

Sayang sekali aku terlajak tidur..so,hanya dapat melihat keputusan aje la pagi tadi masa bangun sahur..Semoga rentak kemenangan ini dapat diteruskan apabila bertemu Arsenal pada hari Ahad depan. 

Apa yang sangat menarik perhatian aku, ialah bagaimana pemain-pemain muda skuad Red Devils seperti Wellbeck,Cleverly,Jones,Smalling dan lain-lain  ini telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini.Dengan kombinasi yang baik dengan pemain-pemain senior yang lain seperti Rooney,Park,Anderson,harapan aku adalah mereka dapat mengekalkan konsistensi mereka musim ini.Sapa tahu,rekod gelaran juara ke -20 dapat di capai !
Glory Glory Man United !!

kepada anda yang terlajak tidur pagi tadi,boleh la melihat sedutan highlight perlawanan ini di bawah..

 Gol yang dijaringkan Anderson menjadi pilihan gol tercantik perlawanan pagi tadi oleh aku.





Entri-entri lain