Nuffnang Ads

Showing posts with label GGMU. Show all posts
Showing posts with label GGMU. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

EPL 2011/2012 - Manchester United 3 - 0 Tottenham Hotspur

Manchester United memulakan kempen EPL 2011/2012 dengan baik apabila membelasah Tottenham Hotspur 3-0 di Old Trafford pagi tadi.

Sayang sekali aku terlajak tidur..so,hanya dapat melihat keputusan aje la pagi tadi masa bangun sahur..Semoga rentak kemenangan ini dapat diteruskan apabila bertemu Arsenal pada hari Ahad depan. 

Apa yang sangat menarik perhatian aku, ialah bagaimana pemain-pemain muda skuad Red Devils seperti Wellbeck,Cleverly,Jones,Smalling dan lain-lain  ini telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini.Dengan kombinasi yang baik dengan pemain-pemain senior yang lain seperti Rooney,Park,Anderson,harapan aku adalah mereka dapat mengekalkan konsistensi mereka musim ini.Sapa tahu,rekod gelaran juara ke -20 dapat di capai !
Glory Glory Man United !!

kepada anda yang terlajak tidur pagi tadi,boleh la melihat sedutan highlight perlawanan ini di bawah..

 Gol yang dijaringkan Anderson menjadi pilihan gol tercantik perlawanan pagi tadi oleh aku.





Monday, August 8, 2011

Manchester United - Juara Community Shield 2011

Glory! Glory! Mannnn Unitedd..
Yesss GGMU!

Walaupun aku cuma sempat tengok 20 minit yang terakhir sebab baru sampai dari kampung..
Sekali lagi kelab bolasepak kesayangan aku membuktikan kewibawaan mereka.

Walaupun ketinggalan 0 - 2 pada separuh masa pertama, 3 gol di separuh masa kedua oleh Smalling (1) dan Nani (2)  menunjukkan yang Manchester United masih dahagakan kejuaraan..Semangat juang mereka memang tiada tolok banding lagi..

Semoga cita-cita untuk menjuarai English Premier League untuk kali-20 musim ini akan tercapai !
Tapi memang tak dinafikan ada 3-4 kelab lagi yang pasti akan mencabar Manchester United.Kelibat kelab-kelab seperti Chelsea,Arsenal,Liverpool,Manchester City,Tottenham Hotspur dan lain-lain lagi tidak boleh dipandang ringan..

Apapun kita nantikan nanti permulaan musin 2011/2012 EPL pada 13 Ogos ini..

Apa kata anda? Manchester United favourite atau tak untuk musim ini??? :)





Churp Churp Section :



Entri-entri lain