Nuffnang Ads

Wednesday, June 29, 2011

"Jom Kita Pi Gua Kelam" I & II

Pada awalnya aku agak keseorangan bila ber"macro" di Perlis nih..dan aku mula jejaki orang2 di Perlis yg meminati "macro"..walaupun hanya seorang aja pe"macro" tegar yg aku jumpa tp aku puas hati sbb at least ada jugak geng yg leh outing "macro" sama2..Abg Ramzan Mat Ayub dan aku hampir setiap minggu akan outing di Taman Budaya Gua Sami..lama kelamaan Roni Nana pun turut menyertai mini outing mingguan kami..dari situ kami mula merancang utk merancak kan lagi aktiviti "macro" di Perlis..Maka, pada 23/1/2011, outing "Jom Kita Pi Gua Kelam" pun diadakan..


Walaupun hanya 13 orang sahaja yg hadir,ianya tetap menarik kerana kami sama2 dpt berkongsi ilmu dan aku berjaya meracun "macro" kat mereka..keh keh keh..


Dan pada 26/2/2011, " Jom Kita Pi Gua Kelam II " outing telah diadakan..kali ini jemputan terbuka bukan aja untuk orang2 Perlis.Lebih kurang 50 photographers dari Perlis,Kedah & Penang hadir utk memeriahkan majlis.Terimakasih kami ucapkan! (maaf pada yg lewat sampai kerna terlepas sesi group photo ) :)





InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di " Jom Kita Pi Gua Kelam III " nanti...jumpa lagi...



Monday, June 27, 2011

Bila Perompak dapat Makanan...

Di dalam entri yg ke-8,saya ada menceritakan tentang si perompak pujaan..bagaimana perompak ini menjadi antara pujaan para penggemar "macro photography".Entri kali ini sekali lagi saya akan menulis mengenai perompak pujaan @ lalat perompak @ robberfly.Maaf yer,blog saya memang akan padat dengan entri2 dan gambar2 bugs dan insects disebabkan kecenderungan saya lebih ke arah "macro".
Tapi untuk entri kali ini saya akan menulis tentang "Bila perompak dapat makanan"..


Lalat perompak mempunyai tubuh yg tegap,kaki berduri serta misai tebal di muka yg dipanggil Mystax..Mystax ini membantu lalat perompak sebagai pertahanan kepala dan muka apabila bertemu dengan mangsa mereka.


Probosic, muncung pendek dan kuat di bawah Mystax digunakan untuk mencucuk dan menikam mangsa serta menyuntik air liur yg mengandungi neurotoksik dan proteolitik enzim  yg melumpuhkan dan mencernakan bahagian dalam mangsa sebelum si lalat perompak menyedut hasil cernaan itu dengan Probosic. Macam sedap je kan?? keh keh keh



Lalat perompak dewasa menyerang lalat perompak yg lain,kumbang,rama2 & kupu2,pelbagai lebah,semut,dragonfly & damselfly,belalang dan beberapa labah2 sbg makanannya..
Sekian sahaja utk entri kali ini..kita jumpa lagi. :)


Sunday, June 26, 2011

My favourite insect kat Penang Butterfly Farm..

Dalam entri aku sebelum ni,ada aku story skit pasal "dragon head cricket" kat Penang Butterfly Farm (PBF).tetapi kalau korang nak tau,serangga favourite aku masa shoot kat PBF ni ialah si Longhorn Beetle atau Longicorn nih..


Ciri2 longicorn ni biasanya mempunyai antena yg panjang,malah lebih panjang dr badan depa..muka depa pun nampak brutal n macho..macam hero citer HellBoy pun ada gak mcm "red" longicorn kat bawah nih..






Amacam? leh jadi favourite korang gak ka??? keh keh keh







Friday, June 24, 2011

PBF - Dragon Head Cricket - D60 - D90 dalam kenangan...

First time aku jumpa cricket ni masa kat Penang Butterfly Farm (PBF) tahun lepas..Malah ianya first & last time aku shoot Dragon Head Cricket.nama ni aku dapat dari staf PBF sendiri.bila balik rumah aku cuba tanya pakcik Google utk dapatkan info pasal cricket ni tp x penah jumpa..so,kepada kawan2 yg ada info ttg cricket ni leh la tinggalkan komen anda beserta link..
Satu lagi,bila tgk gambaq2 nih teringat aku kat dslr 1st aku D60..di PBF ni lah hari2 terakhir aku bersama dengannya..dari perlis aku datang bersamanya,tp dari Penang aku pulang bersama D90..sob..sob..sob..keh keh keh..






..Suka punya pasal..

Ape pun xper..ape pun xper..suka punya pasal la katakan..keh keh keh..biasalah,kalau kita suka sesuatu benda or perkara,org lain kata apa pun x amik pedulik dah..yg penting kita puas.
"woiiii,nyamuk banyak kat belakang tu" jerit officemate aku.."coihhhh,sekoq nyamuk pun aku x nampak" balasku sambil PAP!! menepuk betisku.x sampai 5 minit kat belakang ni,20 PAP!! dah rasanya tp sebab suka punya pasal,semua tu jadi tada hal berbanding dengan kepuasan yg aku dapat memakrokan diri di belakang ofisku.keh keh keh..

Fluorescent long legs green spider..Frust jugak sbb 
terlepas moment spider ni menangkap lalat yg lebih
besar darinya...
Bekalan untuk minggu ini..Makhluk seolah-olah 
mengangkat beg bekalan makanannya..
"Merengge" bersama si ramping...
"Bedazzled" - terpukau sebentar melihat matanya..


Wednesday, June 22, 2011

Aku & Mereka..

Aku & MEREKA
bermula berDUA
kini berLIMA...

Aku & MEREKA
semoga bahagia
SELAMAnya...







Monday, June 20, 2011

Dunia mereka..

Membawa anak2 bermain di taman permainan adalah antara rutin yg aku amat suka..seronok melihat keletah anak2 bermain,bersuka ria tanpa mempedulikan org sekeliling..mereka dan dunia mereka.. :)







Sunday, June 19, 2011

i tot i had it...keh keh keh

Kelmarin mengeCak kat ofis..petang tadi aku memburung lagi,tp kali ini kat area umah plak...tunggu punya tunggu punya tunggu,dekat sejam jugak la menunggu akhirnya muncul jugak sekoq burung utk ditembak..bukannya dlm masa sejam tu xdak ekoq burung pun yg lalu lalang...ade,cuma yg dok lalu tu aku dah shoot kemarin,sapa lagi I Cak la..keh keh keh..so,apabila si burung "butbut" muncul aku jdi excited..dlm hati berkata "pls butbut,gimme something extra"..malangnya aku frust sbb gambaq kurang elok tp aku nak share jugak lah.. :)










Saturday, June 18, 2011

Cak! cari makan...

Hanya Cak yang ada petang semalam..Cak pun Cak laaa..Cak pun best kalau timing kita tepat..tu pun tgk rezeki kita gak..Cak ni x besaq mana sgt pun..Nasib aku baik semalam sbb dpt moment Cak cari makan..xde lah moment yg ohsem..tp kire 1st time la dpt shoot Cak dgn makanannya..Dok Cak,Cak dari tadi je..Cak ape? Cak rumah laaa..Keh keh keh.







Kemarin dulu,meng"ofis macro"..kelmarin memburung..hari ni xtau la nak layan apa plak..cuaca pun x berapa best..asyik hujan ja belah2 petang..Ok la jumpa lagi geng.. keh keh keh :)




Friday, June 17, 2011

Sepetang bersama serangga..

Biasanya aku hanya ber"home macro" aja kalau aku ketagih sangat2..tetapi semalam aku mengubah sikit venue aku dari "home macro" ke "office macro"..keh keh keh..tetapi nasibku agak malang kerana sempat melayan ketagihan selama 1/2 jam sahaja disebabkan hujan turun.. :( dan hanya sempat mengambil 5-6 shots sahaja..aku kongsikan hasil "office macro" aku yg x seberapa untuk tatapan hangpa..

Kerengge

Satu satunya shot si Robberfly
 

Puas nyamuk ni menghisap dare ku

 Geng Merah

Hari ni aku nak tembak ape plak? #ohdem!

Thursday, June 16, 2011

"Da Grip"

Tahukah anda?
Sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu.
Apabila kita memegang kamera dengan dengan posisi kukuh dan tidak gegar, ianya dapat membantu menangkap gambar dengan hasil yang lebih baik.


Persoalannya sekarang,bagaimanakah yang dimaksudkan dengan cara memegang camera dengan betul? Dan adakah ianya betul2 membantu dlm mendapatkan gambaq yg baik ataupun keselesaan cara memegang camera seseorang photographer lebih membantu? Di sini saya ingin share video 
"Da Grip" oleh Joe McNally antara photographers yg terkenal di dunia..



SILA BERIKAN KOMEN & PENDAPAT ANDA TENTANG TAJUK ENTRY INI :)



Wednesday, June 15, 2011

..Matahari | sun - tru my lens..









Entri-entri lain