Nuffnang Ads

Monday, June 27, 2011

Bila Perompak dapat Makanan...

Di dalam entri yg ke-8,saya ada menceritakan tentang si perompak pujaan..bagaimana perompak ini menjadi antara pujaan para penggemar "macro photography".Entri kali ini sekali lagi saya akan menulis mengenai perompak pujaan @ lalat perompak @ robberfly.Maaf yer,blog saya memang akan padat dengan entri2 dan gambar2 bugs dan insects disebabkan kecenderungan saya lebih ke arah "macro".
Tapi untuk entri kali ini saya akan menulis tentang "Bila perompak dapat makanan"..


Lalat perompak mempunyai tubuh yg tegap,kaki berduri serta misai tebal di muka yg dipanggil Mystax..Mystax ini membantu lalat perompak sebagai pertahanan kepala dan muka apabila bertemu dengan mangsa mereka.


Probosic, muncung pendek dan kuat di bawah Mystax digunakan untuk mencucuk dan menikam mangsa serta menyuntik air liur yg mengandungi neurotoksik dan proteolitik enzim  yg melumpuhkan dan mencernakan bahagian dalam mangsa sebelum si lalat perompak menyedut hasil cernaan itu dengan Probosic. Macam sedap je kan?? keh keh keh



Lalat perompak dewasa menyerang lalat perompak yg lain,kumbang,rama2 & kupu2,pelbagai lebah,semut,dragonfly & damselfly,belalang dan beberapa labah2 sbg makanannya..
Sekian sahaja utk entri kali ini..kita jumpa lagi. :)


Entri-entri lain