Nuffnang Ads

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Makanan bulan puasa di Kuala Lumpur..

Mencari makanan berbuka di bulan puasa adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat menarik jika anda tinggal di Kuala Lumpur..

Pasar-pasar Ramadhan di sekitar Kuala Lumpur, sentiasa penuh dengan para-para pembeli yang mencari makanan untuk berbuka.Tetapi biasanya,di hujung-hujung bulan puasa ini kadang-kadang kita kehabisan idea."nak makan apa untuk berbuka nanti?"

So,apa kata minggu ini korang tukar selera pulak.Aku ingin mencadangkan satu tempat yang menyediakan makanan Arab yang sangat best.Sangat best untuk selera aku la..korang kena pergi cuba dulu.Sekali sekala bulan puasa ini,apa kata korang pergi berbuka di Sawarabina Cafe yang terletak di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Tempat ni memang sempoi & santai jer..Makanan dia bagi aku amat menyelerakan.Banyak pilihan menu untuk korang pilih untuk berbuka di bulan puasa ini.Rasanya orang -orang Kuala Lumpur tahukan kat mana Tasik Titiwangsa?? :) tak susah pun nak cari..



Makanan pilihanku masa tu ialah Mixed Grill.gabungan Kebab Ayam, Kebab Kambing,Kambing Panggang & Shish Tawouk.Kuantiti makanan yang dihidangkan memang banyak yer..ni pun aku share ngan wife aku,kalau tak susah gak nak dihabiskan..Tapi bulan puasa ni silap-silap sepinggan ni aku sorang je habiskan..hehehe..oppsss jangan tamak dan terlalu ikut nafsu yer..
Aku pun kalau turun Kuala Lumpur bila-bila,nak pergi terjah lagi tempat ni pasal banyak lagi makanan yang belum di cuba,try & test. :)
Selamat Berbuka Puasa semua !! 





Sunday, August 21, 2011

Oh Malaysiaku - Dibelasah pelanggan..

Apa la nak jadi..Bulan Ramadhan bulan yang mulia, tapi ada juga manusia yang perangai macam haiwan.Puasa ke tak taktau la nak kata..Pandai-pandai la korang fikirkan..


Seorang pekerja kedai makan di Taman Mulia,Kuala Lumpur cedera di muka dan badan kerana dibelasah seorang pelanggan yang naik angin sebab makanan yang dipesannya tidak sampai lagi sedangkan sudah dekat dengan waktu berbuka..

Mak aiii..itu je puncanya..Baik kau tak payah puasa..buat penat je..aku amat tak faham dengan orang-orang yang macam ni..kalau aku jadi tauke kedai tu kan,abis je azan aku ajak budak-budak keja belasah balik mamat nih..keh keh keh..boleh ke macam tu!? :p

Apapun, semoga kita sentiasa bersabar menjalani kehidupan ini tak kira la bulan Ramadhan atau tidak..Sama-sama kita menjaga agama,bangsa & negara..

Cerita selanjutnya boleh baca di sini..




Sunday, August 14, 2011

Hangat - Jom Join Koleksi Blogger Malaysia


Jom kita join Koleksi Blogger Malaysia ni..
Tambah kawan , lebih meriah !!
Tambah perkongsian , lebih indah !!


Saya sudah follow blog blog ni


 anda semua bila lagi ?

Entri-entri lain