Nuffnang Ads

Showing posts with label bulan. Show all posts
Showing posts with label bulan. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Makanan bulan puasa di Kuala Lumpur..

Mencari makanan berbuka di bulan puasa adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat menarik jika anda tinggal di Kuala Lumpur..

Pasar-pasar Ramadhan di sekitar Kuala Lumpur, sentiasa penuh dengan para-para pembeli yang mencari makanan untuk berbuka.Tetapi biasanya,di hujung-hujung bulan puasa ini kadang-kadang kita kehabisan idea."nak makan apa untuk berbuka nanti?"

So,apa kata minggu ini korang tukar selera pulak.Aku ingin mencadangkan satu tempat yang menyediakan makanan Arab yang sangat best.Sangat best untuk selera aku la..korang kena pergi cuba dulu.Sekali sekala bulan puasa ini,apa kata korang pergi berbuka di Sawarabina Cafe yang terletak di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Tempat ni memang sempoi & santai jer..Makanan dia bagi aku amat menyelerakan.Banyak pilihan menu untuk korang pilih untuk berbuka di bulan puasa ini.Rasanya orang -orang Kuala Lumpur tahukan kat mana Tasik Titiwangsa?? :) tak susah pun nak cari..



Makanan pilihanku masa tu ialah Mixed Grill.gabungan Kebab Ayam, Kebab Kambing,Kambing Panggang & Shish Tawouk.Kuantiti makanan yang dihidangkan memang banyak yer..ni pun aku share ngan wife aku,kalau tak susah gak nak dihabiskan..Tapi bulan puasa ni silap-silap sepinggan ni aku sorang je habiskan..hehehe..oppsss jangan tamak dan terlalu ikut nafsu yer..
Aku pun kalau turun Kuala Lumpur bila-bila,nak pergi terjah lagi tempat ni pasal banyak lagi makanan yang belum di cuba,try & test. :)
Selamat Berbuka Puasa semua !! 





Tuesday, August 9, 2011

Update : Diari Ramadhan #8 - Ya..aku membulan lagi..

Bulan sungguh terang malam tadi..sudah lama tak membulan,so aku ambil kesempatan ini untuk memuatkan dalam album "Diari Ramadhan"..

dan seperti biasa,aku malas nak pakai tripod..hehehe..maaf kalau gambar ada sedikit blur.. :)

Selamat Berpuasa...
Diari Ramadhan aku :






Saturday, July 16, 2011

Ohhhhhhhhh!....

Malam tadi kami sekeluarga gi makan kat Restoran Lagenda Batu Layang,Sg. Baru..dalam perjalanan ke restoran tu,mataku sentiasa melihat ke atas, "WoW! malam ni dia penuh! ", jeritku dalam hati..semasa makan,fikiranku asyik memikirkan si bulan yang penuh malam tadi..cantikkk betuii la.."balik satgi nak membulan lahh! " hatiku berkata..

1/640 | f7.1 | ISO100 | 300mm 

aku tak mempunyai setting yang specific untuk membulan,cuma aku suka bermain-main dengan settings sehingga aku mendapat shots yang aku nak & puas dari sudut pandangan mataku ini..dan juga aku tidak suka menggunakan tripod utk membulan.alasanku = malas! :) jadi disebabkan ini, maaf ku pinta jika anda semua kurang berpuashati dengan hasil2 ini..

1/640 | f6.3 | ISO100

1/640 | f7.1 | ISO100

Tq sebab sudi melawat blog aku nih.sehingga kita berjumpa lagi.JOM MEMBULAN! :)

Entri-entri lain