Nuffnang Ads

Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Anakku Sayang - Gelagat di pagi Raya..

Gelagat anakku sayang di pagi Raya..

Anakku sayang sentiasa mencuit hati..

Anakku sayang menceriakan suasana pagi..

Anakku sayang bermacam ragam..

Anakku sayang dengan dunia ceria mereka..

Anakku sayang citarasa tersendiri..

Anakku sayang menyerlahkan kreativiti..

Anakku sayang menggamatkan suasana..

Terimakasih anakku sayang kerana memeriahkan lagi Hari Raya untuk tahun ini..
Walaupun letih nak mengawal mereka untuk sesi "family photoshoot",ianya amat bermakna melayan kerenah mereka masing-masing.. :)



Friday, August 5, 2011

Update : Diari Ramadhan #5 - Kekuatanku adalah kamu Papa..

Tiada paksaan, hanya membiasakan,
Jangan memaksa,takut membinasakan, 
Cukuplah dengan mencuba...


Anak kedua aku, Izzatul Syakira a.k.a Kakak..berumur 4 tahun..
Hari ini merupakan hari ke-3 dia berpuasa..hari pertama dan kedua dia tak mahu berpuasa..
"Kakak tak larat la papa,kakak kan small.." katanya.
"Ye lah,ye lah.." jawabku ringkas..

Tapi hari ini, hari ke-3 dia berpuasa,walaupun jelas kelihatan keletihan di wajahnya,senyuman tetap diberi padaku..

"Kakak letih tak puasa hari ini?" soalku..
"Tak letih pun.." jawab kakak..
"Nape kakak kuat lak puasa nih..?" soalku lagi.
"Ala papa nih,kan papa ada ngan kakak..papa tido ngan kakak,mandikan kakak,pakaikan baju kakak,main mainan ngan kakak,marah kakak..tu pun tak tahu ke? Kakak kuat la puasa sebab Papa ada dengan kakak selalu.." jawab kakak dengan panjang lebar..

Sebak aku bila dengar dia jawab macam tu..Habis je jawab,dia terus terlena di pangkuanku..

"Tidurlah..Kekuatan Papa pun, adalah kamu sayang.." bisik hatiku.

Diari Ramadhanku :

#1, #2, #3, #4



Friday, July 15, 2011

Kalian adalah yang terbaik untukku..

tiada kata-kata yang bisa menggambarkan perasaanku dengan kehadiran kalian dalam hidupku..
"Semoga aku bisa menjadi papa yang terbaik untuk kalian..,Aminnn.."





Entri-entri lain