Nuffnang Ads

Showing posts with label update. Show all posts
Showing posts with label update. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Update : Diari Ramadhan shot #30 - Selamat Hari Raya Merdeka!

Esok dah 1 Syawal jadi hari ni ada 2 entri Diari Ramadhan aku.


Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
kepada rakan-rakan blogger yang dihormati sekelian.
Semoga hubungan kita di dunia blogging ini berkekalan.




Sunday, August 28, 2011

Update : Diari Ramadhan #28 - Hadiah ulangtahun...


Hadiah ulangtahun perkahwinan aku baru-baru ini..
Setelah isteri aku mendesak bertubi-tubi untuk aku memilih hadiah,
akhirnya aku memilih hadiah seperti yang dalam gambar di atas.

Tapi hadiah aku bukan motor tu yer tapi cuma carrier box tu ajer..Hehehe..
2 hari lagi nak raya kan..puasa elok-elok.. :) 






Saturday, August 27, 2011

Update : Diari Ramadhan #27 - Mereka telah bersedia..






"Papa,kami dah sedia.." :)
Anak-anak dah kosongkan tabung masing-masing untuk kutipan duit Raya pulak..hehe..
Semangat !!!

Friday, August 26, 2011

Update : Diari Ramadhan #26 - Simpanan & Perlindungan


Nasib baik tak terlupa nak bayar premium bulan ni.
Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.
Tepuk dada tanya selera.Lindungilah keluarga tersayang! :)





Thursday, August 25, 2011

Update : Diari Ramadhan #25 - Aku, Blackberry & Nescafe..

Aku, Blackberry & Nescafe
Andai dipisah,lemah tiada berjiwa..keh keh keh.. :)





Wednesday, August 24, 2011

Update : Diari Ramadhan #24 - Jadilah diri sendiri..jangan bermuka topeng..

Dalam kehidupan ini, jadilah diri sendiri kerna hanya dengan itu keikhlasan kita akan lebih terserlah


6 hari saja lagi untuk kita Menyambut Hari Raya
Yeehaaa...mengalahkan anak-anak pulak aku nih. :)





Tuesday, August 23, 2011

Update : Diari Ramadhan #23 - Sedetik itu amat bermakna..

Sedetik itu amatlah bermakna bagiku..kadangkala sedetik itu menyebabkan kita terlepas beberapa peluang.oleh itu,hayatilah setiap detik itu agarnya ianya sentiasa terpahat di dalam diari hidup kita..


Seminggu je lagi kita nk Raya !! :)



Monday, August 22, 2011

Update : Diari Ramadhan #22 - Kantoi tak puasa..






Bukan niat aku nak skodeng atau nak kantoikan mereka yang tak puasa..tapi aku secara tak sengaja terkantoikan si dia ni..


Maaf bang,lain kali sembunyi-sembunyi sikit kalau nak makan tu.. :p

Sunday, August 21, 2011

Update : Diari Ramadhan #21 - Happy 7th Anniversary..


Untuk Diari Ramadhan kali ini aku post awal sikit sebab ianya jatuh pada tarikh yang istimewa.
Yer..hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinanku yang ke 7..
Terimakasih buat isteriku atas segala-galanya selama ini.Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat.
"Kaulah satu,satunya..di antara berjuta..insan teristimewa.. :)"






Saturday, August 20, 2011

Update : Diari Ramadhan #20 - A tribute to my rakan nescafe !


Hello..is it me you looking for..? :)
"ok malam ni jom minum kat tempat biasa"..
10 hari je lagi nak Raya kan..cepatnya masa berlalu..




Friday, August 19, 2011

Update : Diari Ramadhan #19 - Indahnya ciptaanNYA..


Menikmati keindahan ciptaanNYA..
Subhan'Allah..

Selamat Berbuka !! :)

Diari Ramadhan mereka :




Thursday, August 18, 2011

Update : Diari Ramadhan #18 - Ketatkan mana yang longgar..InsyaAllah..


Destinasi semakin hampir.Adakah kita berjaya menunaikan ibadah Ramadhan dengan sebaiknya.Atau masih adakah ruang-ruang kosong yang sepatutnya boleh kita lebihkan isinya? ketatkan mana yang longgar..fikir fikirkan lah..




Wednesday, August 17, 2011

Update : Diari Ramadhan #17 - Ketenangan


Ketenangan menjalani ibadah puasa.
Semoga kita sama-sama memperolehinya..Amin.




Diari Ramadhan #16

Tuesday, August 16, 2011

Update : Diari Ramadhan #16 - Alor Setar, Kedah Darul Aman


Pemandangan dari atas Menara Alor Setar..Mengambil kesempatan mengambil gambar ketika menjalankan kerja-kerja untuk Telekom Malaysia Berhad.

2 minggu sahaja lagi..ayuh..teruskan berpuasa kepada yang mampu.. :)




Update : Diari Ramadhan #15 - As simple as it is..

Alhamdulillah berjaya menunaikan puasa untuk hari ke 15..dah separuh bulan rupanya..sekejap aja masa berlalu kan.
Dan hari ini menu berbuka adalah yang paling ringkas setakat ini tetapi tetap mengenyangkan.

As simple as it is...

Salad dan chicken wing aja untuk berbuka hari ini.Sedap juga tau.. :)




Sunday, August 14, 2011

Update : Diari Ramadhan #14 - Oh Pinggangku..


Untuk pengetahuan korang,sejak hari Jumaat lagi pinggang aku dah terasa sakit.
Alhamdulillah kesakitannya masih dalam tahap yang aku boleh tahan lagi.

Tapi semalam lain pula ceritanya,aku dah jadi tak mampu untuk menahan kesakitan pinggangku ini.aku hanya boleh meniarap dan baring sahaja.bila nak bangun mesti rasa berat dan sakit sangat.tu belum lagi masa nak duduk.Tuhan saja yang tau..

So,tengah malam semalam aku pun ambil keputusan untuk ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk membuat pemeriksaan.Setelah disaring aku diletakkan dalam kategori Green Zone yang bermaksud tak berapa kritikal.Setelah dipanggil aku pun diarah untuk berbaring di atas katil dan disoalsiasat oleh MO (medical officer).Aku pun diarahkan untuk memberi sampel air kencingku.

Sementara menunggu keputusan ujian air kencing,aku didatangi oleh seorang "misi" yang sangat comel.Dari jauh dia tersenyum padaku..aku membalas senyumannya tetapi senyuman manisku menjadi tawar apabila terpandang sesuatu di tangannya!! Ya,tangannya memegang PICAGARI !!"Encik tolong londeh seluar sikit ye,saya nak bagi injection.."..uwaaaaa !!




Gambar di atas sekali aku ambil setelah diberi injection dan menunggu keputusan ujian air kencingku.
Setelah di uji,mereka dapati semuanya dalam keadaan normal."Kami akan bagi ubat dulu yer,esok kalau still sakit juga kita akan rujuk kepada pakar pulak.." kata MO tersebut..

Dan hari ini ketika dan saat aku meniarap untuk menyiapkan entri Diari Ramadhanku ini,pinggang aku still rasa sakit..Petang ini aku akan pergi ke hospital semula dan berharap mereka dapat detect punca sebenar sakit pinggangku ini ye. DOA-DOAKan sama yer kawan-kawan.. :)

Diari Ramadhan #13


Saturday, August 13, 2011

Update : Diari Ramadhan #13 - Mulanya di sini..aku mengerti..


Di sini bermula episod baru kehidupan kamu..
Merdeka kan lah diri mu..
keluar dari belenggu yang tak menentu..
justeru terkeliru..
mengambil keputusan yang melulu 
tanpa rasa malu..
syahdu,pilu di sanubariku..




Diari Ramadhanku #12

Diari Ramadhan Rakan Rakan :

Hasfanizam Hamdan
Saiful Adli
Ahmad Radhafizal
CMRatu
Asraff Jamaludin
Speedrider

Friday, August 12, 2011

Update : Diari Ramadhan #12 - Ibuprofen,harapanku padamu..

Akhirnya aku tak boleh tahan lagi dengan sakit pinggangku..
Hari ini masuk hari kedua pinggangku buat perangai.Biasanya bila masuk hari kedua ianya akan beransur lega tapi kali ini tidak..Arghhhh..stress aku macam ni..apa pun tak boleh buat..

Pukul 5 petang tadi aku mengambil keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kangar.
Alhamdulillah orang pun tak ramai..
Setelah mendaftar aku pun masuk ke klinik pemeriksaan.Tetapi macam biasa sebelum itu kena periksa saringan oleh misi dahulu untuk ditentukan sakit aku ni perlu berjumpa dengan doktor atau pembantu perubatan..Maka aku pun disuruh mengambil sampel air kencing untuk menentukan simtom sakit pinggang aku nih..

Aku terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk mereka mendapat keputusan ujian air kencingku..
Akhirnya nombor giliranku dipanggil.."ok encik,hasil ujian menunjukkan ada kekotoran dalam air kencing encik..so,saya akan memberikan ubat sakit pinggang dan antibiotik untuk encik" terang Doktor kepadaku..
"tetapi di samping itu,saya juga dapati kandungan gula yang tinggi dari hasil ujian nih.so, Isnin ini saya nak encik datang untuk membuat ujian menyeluruh untuk menentukan tahap kencing manis encik,boleh?" kata doktor itu lagi.."Boleh doktor.." jawabku ringkas dan tenang..tapi dalam hati Tuhan aje yang tahu..dah la memang keturunanku ada kencing manis..Tawakal..

Jadi ubat Ibuprofen sakit pinggangku menjadi isian Diari Ramadhanku hari ni.. :)
Jumpa lagi..





Thursday, August 11, 2011

Update : Diari Ramadhan #11 - Cabut tanam, cabut tanam...


Kerja-kerja mencabut dan menanam tiang telefon TM Berhad..
Semoga Hari Raya nanti kita dapat sambut dengan gembira..Jom cari duit raya.. :)








Wednesday, August 10, 2011

Update : Diari Ramadhan #10 - Hari ke-sepuluh berpuasa

Alhamdulillah..Gembira rasanya 10 hari dah berpuasa..Tapi anak-anak aku ni ceria sebab diorang tak puasa..hehehe..kalau puasa muka tak akan seceria ni..

Apapun untuk korang yang masih dapat berpuasa,aku ucapkan selamat berbuka puasa lagi 3 jam..
Jom cari perut bakar, jommm !!!




Diari Ramadhan #9 - Perut kena bakar..



Entri-entri lain