Untuk pengetahuan korang,sejak hari Jumaat lagi pinggang aku dah terasa sakit.
Alhamdulillah kesakitannya masih dalam tahap yang aku boleh tahan lagi.
Tapi semalam lain pula ceritanya,aku dah jadi tak mampu untuk menahan kesakitan pinggangku ini.aku hanya boleh meniarap dan baring sahaja.bila nak bangun mesti rasa berat dan sakit sangat.tu belum lagi masa nak duduk.Tuhan saja yang tau..
So,tengah malam semalam aku pun ambil keputusan untuk ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk membuat pemeriksaan.Setelah disaring aku diletakkan dalam kategori Green Zone yang bermaksud tak berapa kritikal.Setelah dipanggil aku pun diarah untuk berbaring di atas katil dan disoalsiasat oleh MO (medical officer).Aku pun diarahkan untuk memberi sampel air kencingku.
Sementara menunggu keputusan ujian air kencing,aku didatangi oleh seorang "misi" yang sangat comel.Dari jauh dia tersenyum padaku..aku membalas senyumannya tetapi senyuman manisku menjadi tawar apabila terpandang sesuatu di tangannya!! Ya,tangannya memegang PICAGARI !!"Encik tolong londeh seluar sikit ye,saya nak bagi injection.."..uwaaaaa !!
Gambar di atas sekali aku ambil setelah diberi injection dan menunggu keputusan ujian air kencingku.
Setelah di uji,mereka dapati semuanya dalam keadaan normal."Kami akan bagi ubat dulu yer,esok kalau still sakit juga kita akan rujuk kepada pakar pulak.." kata MO tersebut..
Dan hari ini ketika dan saat aku meniarap untuk menyiapkan entri Diari Ramadhanku ini,pinggang aku still rasa sakit..Petang ini aku akan pergi ke hospital semula dan berharap mereka dapat detect punca sebenar sakit pinggangku ini ye. DOA-DOAKan sama yer kawan-kawan.. :)
Diari Ramadhan #13