Nuffnang Ads

Showing posts with label kangar. Show all posts
Showing posts with label kangar. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Update : Diari Ramadhan #14 - Oh Pinggangku..


Untuk pengetahuan korang,sejak hari Jumaat lagi pinggang aku dah terasa sakit.
Alhamdulillah kesakitannya masih dalam tahap yang aku boleh tahan lagi.

Tapi semalam lain pula ceritanya,aku dah jadi tak mampu untuk menahan kesakitan pinggangku ini.aku hanya boleh meniarap dan baring sahaja.bila nak bangun mesti rasa berat dan sakit sangat.tu belum lagi masa nak duduk.Tuhan saja yang tau..

So,tengah malam semalam aku pun ambil keputusan untuk ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk membuat pemeriksaan.Setelah disaring aku diletakkan dalam kategori Green Zone yang bermaksud tak berapa kritikal.Setelah dipanggil aku pun diarah untuk berbaring di atas katil dan disoalsiasat oleh MO (medical officer).Aku pun diarahkan untuk memberi sampel air kencingku.

Sementara menunggu keputusan ujian air kencing,aku didatangi oleh seorang "misi" yang sangat comel.Dari jauh dia tersenyum padaku..aku membalas senyumannya tetapi senyuman manisku menjadi tawar apabila terpandang sesuatu di tangannya!! Ya,tangannya memegang PICAGARI !!"Encik tolong londeh seluar sikit ye,saya nak bagi injection.."..uwaaaaa !!




Gambar di atas sekali aku ambil setelah diberi injection dan menunggu keputusan ujian air kencingku.
Setelah di uji,mereka dapati semuanya dalam keadaan normal."Kami akan bagi ubat dulu yer,esok kalau still sakit juga kita akan rujuk kepada pakar pulak.." kata MO tersebut..

Dan hari ini ketika dan saat aku meniarap untuk menyiapkan entri Diari Ramadhanku ini,pinggang aku still rasa sakit..Petang ini aku akan pergi ke hospital semula dan berharap mereka dapat detect punca sebenar sakit pinggangku ini ye. DOA-DOAKan sama yer kawan-kawan.. :)

Diari Ramadhan #13


Friday, August 12, 2011

Update : Diari Ramadhan #12 - Ibuprofen,harapanku padamu..

Akhirnya aku tak boleh tahan lagi dengan sakit pinggangku..
Hari ini masuk hari kedua pinggangku buat perangai.Biasanya bila masuk hari kedua ianya akan beransur lega tapi kali ini tidak..Arghhhh..stress aku macam ni..apa pun tak boleh buat..

Pukul 5 petang tadi aku mengambil keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kangar.
Alhamdulillah orang pun tak ramai..
Setelah mendaftar aku pun masuk ke klinik pemeriksaan.Tetapi macam biasa sebelum itu kena periksa saringan oleh misi dahulu untuk ditentukan sakit aku ni perlu berjumpa dengan doktor atau pembantu perubatan..Maka aku pun disuruh mengambil sampel air kencing untuk menentukan simtom sakit pinggang aku nih..

Aku terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk mereka mendapat keputusan ujian air kencingku..
Akhirnya nombor giliranku dipanggil.."ok encik,hasil ujian menunjukkan ada kekotoran dalam air kencing encik..so,saya akan memberikan ubat sakit pinggang dan antibiotik untuk encik" terang Doktor kepadaku..
"tetapi di samping itu,saya juga dapati kandungan gula yang tinggi dari hasil ujian nih.so, Isnin ini saya nak encik datang untuk membuat ujian menyeluruh untuk menentukan tahap kencing manis encik,boleh?" kata doktor itu lagi.."Boleh doktor.." jawabku ringkas dan tenang..tapi dalam hati Tuhan aje yang tahu..dah la memang keturunanku ada kencing manis..Tawakal..

Jadi ubat Ibuprofen sakit pinggangku menjadi isian Diari Ramadhanku hari ni.. :)
Jumpa lagi..





Sunday, July 31, 2011

Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis - PAMERAN LIMOUSIN !!!?

Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada 27-30 Julai 2011 di Dataran Dato Sheikh Ahmad baru-baru ini.Pelbagai pameran dan jualan telah disediakan.

Tetapi apa yang sangat menarik perhatian aku ialah pameran LIMOUSIN juga turut diadakan.Ape kena-mengena LIMOUSIN dengan peladang.penternak atau nelayan? Arghhh..sungguh "mengonfiuskan" aku betul.

Lalu aku terus menuju ke tempat pameran LIMOUSIN tersebut.Dari jauh aku lihat begitu ramai orang mengerumuni kawasan pameran LIMOUSIN tersebut.Tetapi aku tak nampak pulak LIMOUSIN tu disebabkan terlindung oleh orang ramai.

Aku mempercepatkan langkahku.."Fuhhh,ramai betul orang dok kerumun..mesti dok test drive LIMOUSIN nih," bisik hatiku..Apabila sampai dekat dengan tempat pameran LIMOUSIN itu,aku terbaca papan tanda ini



Keh keh Keh..inilah LIMOUSIN yang dimaksudkan sebenarnya.
Seekor lembu kacukan dengan baka LIMOUSIN seberat 1 tan.

Amacam? Berani tak nak test drive ??? ;)








NANG ME  kalau anda suka entri ini..TQ


SEGMEN JOM TERJAH BLOG-BLOG NIH !!!

Monday, July 18, 2011

Alam Ria PASTI..




 


Persembahan nasyid yang disertai oleh nak sulungku, Izz Najmi Haziq, di majlis Alam Ria PASTI kawasan Kangar pada hari Ahad yang lepas...


Saturday, July 16, 2011

Ohhhhhhhhh!....

Malam tadi kami sekeluarga gi makan kat Restoran Lagenda Batu Layang,Sg. Baru..dalam perjalanan ke restoran tu,mataku sentiasa melihat ke atas, "WoW! malam ni dia penuh! ", jeritku dalam hati..semasa makan,fikiranku asyik memikirkan si bulan yang penuh malam tadi..cantikkk betuii la.."balik satgi nak membulan lahh! " hatiku berkata..

1/640 | f7.1 | ISO100 | 300mm 

aku tak mempunyai setting yang specific untuk membulan,cuma aku suka bermain-main dengan settings sehingga aku mendapat shots yang aku nak & puas dari sudut pandangan mataku ini..dan juga aku tidak suka menggunakan tripod utk membulan.alasanku = malas! :) jadi disebabkan ini, maaf ku pinta jika anda semua kurang berpuashati dengan hasil2 ini..

1/640 | f6.3 | ISO100

1/640 | f7.1 | ISO100

Tq sebab sudi melawat blog aku nih.sehingga kita berjumpa lagi.JOM MEMBULAN! :)

Wednesday, June 8, 2011

Salam perkenalan..


Nama aku ialah Shahrizan Azrol bin Abu Bakar.Berasal dari Alor Setar, Kedah tapi kini menetap di Kangar,Perlis.Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Hobi aku ialah fotografi yang baru aku ceburi pada hujung tahun 2009.Aku tak pernah mempunyai "formal education" dalam fotografi,hanya banyak belajar dari internet dan juga kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama.Dan tujuan blog ini adalah untuk berkongsi gambar gambar yang aku ambil sepanjang pembabitan dalam dunia fotografi.

Hasil-hasil fotografi aku juga boleh dilihat di :



Harap korang semua sudi melayari blog aku ini..Sekian dulu untuk kali ini..Jumpa lagi..

Entri-entri lain