Nuffnang Ads

Monday, September 5, 2011

Kembali Mencoret..


Haha..hari ini aku keluar buat survey.
Apa maksud survey? 
Apabila seseorang pelanggan nak pasang talian telefon atau internet baru di premis mereka,pihak TM akan mengeluarkan order survey seperti di atas.So,tugas kontraktor macam aku adalah untuk pergi survey@siasat di premis pelanggan tersebut untuk merekod DP (distribution panel) yang terdekat dengan premis tersebut.Maklumat ini diperlukan oleh pihak telekom untuk menilai samada pemasangan tersebut boleh dilakukan atau tidak.

Nampak mudah bukan? aku ada 9 order surveys hari ini.Aku keluar buat survey jam 10 pagi tadi.Jam 5 petang  tadi baru siap semua surveys tu.Hehe..sakit pinggang aku..maklumlah hari ini jadi mat rempit! lebih mudah naik motor daripada naik kereta sebab kadang-kadang kena masuk jalan kampung yang kecil.Terimakasih kepada RJ kerana berkhidmat dengan jayanya hari ini.. :)

Entri-entri lain