Nuffnang Ads

Showing posts with label TM. Show all posts
Showing posts with label TM. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

To Taiping with Love..


Hari ini aku ada mesyuarat "Housekeeping Services" kat Telekom Taiping.
Dari Kangar aku bertolak pukul 7 pagi tadi sebab nak kena servis kereta dulu kat Proton Alor Setar, appointment pukul 8..

Setelah selesai kereta diservis lebih kurang dalam pukul 10 pagi aku pun bertolak ke Taiping.Aku bawa kereta perlahan aje.Mesyuarat pukul 2.30 petang so tidaklah kalut sangat.Dalam pukul 1 petang aku dah sampai di Kamunting.Sebab ada masa lagi 1 jam setengah,aku pun lepak makan dulu dekat area Stesyen Bas Kamunting tu.

Lepas makan baru lah aku bertolak ke Ibusawat Telekom Taiping.Mesyuarat bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pada 5.30 petang. Memang mengantuk gila lah! :)

Masa dalam perjalanan balik ke Kangar tadi pun aku memandu dalam keadaan mengantuk sangat.Alhamdulillah aku selamat tiba di rumah jam 9.30 malam tadi.

Monday, September 5, 2011

Kembali Mencoret..


Haha..hari ini aku keluar buat survey.
Apa maksud survey? 
Apabila seseorang pelanggan nak pasang talian telefon atau internet baru di premis mereka,pihak TM akan mengeluarkan order survey seperti di atas.So,tugas kontraktor macam aku adalah untuk pergi survey@siasat di premis pelanggan tersebut untuk merekod DP (distribution panel) yang terdekat dengan premis tersebut.Maklumat ini diperlukan oleh pihak telekom untuk menilai samada pemasangan tersebut boleh dilakukan atau tidak.

Nampak mudah bukan? aku ada 9 order surveys hari ini.Aku keluar buat survey jam 10 pagi tadi.Jam 5 petang  tadi baru siap semua surveys tu.Hehe..sakit pinggang aku..maklumlah hari ini jadi mat rempit! lebih mudah naik motor daripada naik kereta sebab kadang-kadang kena masuk jalan kampung yang kecil.Terimakasih kepada RJ kerana berkhidmat dengan jayanya hari ini.. :)

Saturday, July 16, 2011

Dari kami untuk anda..

Di sebalik..

Tiada aircond..
Tiada kerusi empuk..

Hanya dari kami untuk anda.


Gali,,gali,,gali gali gali lubang
Gali lubang tutup lubang.....


Bila keadaan memerlukan,tenaga manusia digunakan untuk menarik kabel nih..
Nak tau berat ka ringan,meh le test! keh keh keh


Lubang lelaki ( Manhole ) keh keh keh
Kadang-kadang berjam - jam kena duduk dlm confined space ni..
Panasssssss !!



Nampak relax je kan duduk atas bek-hoe..masa ni kul 8 pagi..
Depa x tidur dari pukul 8 malam semalam tu..kerja keras sampai 
seluar pun koyak..keh keh keh

Jadi sayangilah kerja anda!!! :p



Entri-entri lain