Akhirnya aku tak boleh tahan lagi dengan sakit pinggangku..
Hari ini masuk hari kedua pinggangku buat perangai.Biasanya bila masuk hari kedua ianya akan beransur lega tapi kali ini tidak..Arghhhh..stress aku macam ni..apa pun tak boleh buat..
Pukul 5 petang tadi aku mengambil keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kangar.
Alhamdulillah orang pun tak ramai..
Setelah mendaftar aku pun masuk ke klinik pemeriksaan.Tetapi macam biasa sebelum itu kena periksa saringan oleh misi dahulu untuk ditentukan sakit aku ni perlu berjumpa dengan doktor atau pembantu perubatan..Maka aku pun disuruh mengambil sampel air kencing untuk menentukan simtom sakit pinggang aku nih..
Aku terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk mereka mendapat keputusan ujian air kencingku..
Akhirnya nombor giliranku dipanggil.."ok encik,hasil ujian menunjukkan ada kekotoran dalam air kencing encik..so,saya akan memberikan ubat sakit pinggang dan antibiotik untuk encik" terang Doktor kepadaku..
"tetapi di samping itu,saya juga dapati kandungan gula yang tinggi dari hasil ujian nih.so, Isnin ini saya nak encik datang untuk membuat ujian menyeluruh untuk menentukan tahap kencing manis encik,boleh?" kata doktor itu lagi.."Boleh doktor.." jawabku ringkas dan tenang..tapi dalam hati Tuhan aje yang tahu..dah la memang keturunanku ada kencing manis..Tawakal..
Jadi ubat Ibuprofen sakit pinggangku menjadi isian Diari Ramadhanku hari ni.. :)
Jumpa lagi..