Nuffnang Ads

Friday, September 30, 2011

Panas : "In Bed with Aj"

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Pagi tadi saya terbaca berita ini dan ingin berkongsi dengan para pembaca mengenainya.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah mengenai Zoya Amirin,satu-satunya "certified sex psychologist" di Indonesia yang akan berbicara secara online mengenai "terapi seks"..
Rancangan "In Bed with Zoya" itu akan ke udara di halaman website beliau pada hari Khamis ini.


"Saya ingin menukar cara pemikiran..Sudah tiba masanya rakyat Indonesia bersikap lebih terbuka mengenai seks," katanya..
* Saya tak nampak apa-apa kebaikan pun dengan "terapi seks online" ni.Apa pula  pandangan para pembaca tentang isu ini ?  

p/s Aj bukan "sex therapist" tau..hehe


Segmen : Blog list Dunia CMRatu


Wahh..semakin mantap blog CMRatu ni yer.Syabas! nampak lebih tersusun.mudah dan rasa tenang untuk membaca entri-entri di template baru ini..

Segmen ini ditaja oleh cmratu.com dan cmratu.blogspot.com



Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday 9





Tuesday, September 27, 2011

Haziq - Gigiku patah lagi..

Hehehe..Haziq kehilangan gigi ke-3 dalam masa 3 bulan..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 26, 2011

Beriadah bersama anak-anak - Stadium Kangar

Biasanya mereka main basikal di sekitar rumah je.tapi hari ini aku bawa mereka bermain di sekitar kawasan Stadium Kangar.
Gembira sungguh mereka bila dapat berkayuh di kawasan luas macam ni. :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Riadah bersama anak-anak - Tasik Melati,Perlis

Kelmarin aku bawa anak-anakku untuk beriadah di Tasik Melati..
Seronok bila melihat anak-anak bermain sambil bergelak ketawa.Kadang-kadang kerja membataskan aku untuk bawa mereka beriadah.Tapi bila berpeluang,aku pasti akan bawa mereka..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 23, 2011

ULTRA MALAYSIA

Malaysia tewas 2-0 baru-baru ini di tangan Jepun.Aku setuju benar dengan komen ketua pasukan ( Apek ).."Masih jauh" katanya..
Bagi aku seperti biasa,jika tanpa Apek pada perlawanan itu Malaysia mungkin akan bolos dengan lebih banyak jaringan lagi.Dia ( Apek ),jelas merupakan pemain terbaik Malaysia di kala ini.Aku berharap sangat agar dia juga mendapat peluang seperti Safee Sali bermain di liga luar negara.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 22, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan - Authentic Thai

Authentic Thai ini terletak di dalam bangunan Tesco Extra di Seberang Jaya,Pulau Pinang..
Pelbagai makanan ala Thai terdapat di sini.Di samping itu,makanan ala-carte juga disediakan.
Jadi,kalau ada berada di area Seberang Jaya singgah singgah lah yer..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 21, 2011

Jalan-jalan Cari Makan - SATAY BINTONG

Kalau anda pergi ke Perlis,jangan lupa cari satay Bintong ye..Anda pasti puashati.. :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 15, 2011

Iman, si kecil-kecil cili api..


Inilah Iman,anakku yang bongsu.Berumur 3 tahun.
Iman orangnya kurus tapi sifatnya keras.
Perumpamaan "kecil-kecil cili api" memang tepat sekali dengan si Iman ni.

Jangan sekali-kali cari pasal dengan si Iman ni.Apabila aku di rumah,adalah normal bagi aku kalau Along (anakku yang sulung) dan kakak (anakku yang kedua) menangis-nagngis berlari mendapatkan aku.
Apabila ditanya kenapa menangis,jawapan yang aku dapat pasti, "Iman kejar nak pukul !!!"



Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday 8


Ianya bermula....



Tuesday, September 13, 2011

Patah tumbuh hilang berganti..

Kelmarin,semasa di ofis aku menerima panggilan dari rumah.Rupa-rupanya si Haziq,anak sulungku telefon.

Haziq :"Papa kat mana tu?" 
Aku  : "Kat ofis la.."
Haziq   : "Cepat la balik Pa!.."
Aku : "Kenapa? Kenapa?"
Haziq : "Gigi Haziq patah la..."
Aku : " Laaaa...ye ke? hehehe..nanti kejap lagi papa balik ok.."




Tengok budak ni..Siap tempek bedak sejuk lagi tu..hehehe..
Yang ni gigi kedua dia yang patah..hari tu gigi sebelah kanan tu yang patah tapi dah tumbuh semula. 


Monday, September 12, 2011

RJ dapat sticker baru..






Sunday, September 11, 2011

Photoshoot santai..

Petang semalam sepatutnya aku dan rakan-rakan nak buat group photoshoot kami sendiri.Tetapi agak tidak bernasib baik disebabkan di saat-saat akhir kami kekurangan 2 orang ahli yang tidak dapat menghadirkan diri.Ditambah pula dengan hujan lebat yang melanda kawasan Felda Chuping.


Akhirnya kami buat photoshot santai ini aje lah..
tQ Roni Nana for the knowledge.


Dan terimakasih jugak untuk adik Ain kerana sudi menjadi model untuk kami >)

Saturday, September 10, 2011

The Egg York..


"The Egg York" ini aku tangkap semalam di kawasan Sg.Baru, Perlis..dah lama tak memburu sunset tapi biasanya aku hanya suka "shoot" gambar matahari sahaja.Nyaris terlepas "moment" ni..nasib baik sempat jugak "shoot" egg york ni sebelum ianya tenggelam di sebalik awan..



Friday, September 9, 2011

RJ


Memanjakan RJ..petang nanti ada open house.Ramai kawan-kawan dia kat open house tu.Kena bagi dia hensem skit. :)
Esok pulak ada sesi photoshoot dengan RJ..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anakku Sayang - Gelagat di pagi Raya..

Gelagat anakku sayang di pagi Raya..

Anakku sayang sentiasa mencuit hati..

Anakku sayang menceriakan suasana pagi..

Anakku sayang bermacam ragam..

Anakku sayang dengan dunia ceria mereka..

Anakku sayang citarasa tersendiri..

Anakku sayang menyerlahkan kreativiti..

Anakku sayang menggamatkan suasana..

Terimakasih anakku sayang kerana memeriahkan lagi Hari Raya untuk tahun ini..
Walaupun letih nak mengawal mereka untuk sesi "family photoshoot",ianya amat bermakna melayan kerenah mereka masing-masing.. :)



Wednesday, September 7, 2011

Jangan jadi buaya!



Kepada buaya-buaya di luar sana.Sebesar mana pun anda berwaspadalah! Anda pasti ditangkap. :)
Amaran ini dibawa oleh Persatuan Bekas-Bekas Buaya Malaya.. :p

Wordless Wednesday 7

Wordless enuff? :)



Tuesday, September 6, 2011

To Taiping with Love..


Hari ini aku ada mesyuarat "Housekeeping Services" kat Telekom Taiping.
Dari Kangar aku bertolak pukul 7 pagi tadi sebab nak kena servis kereta dulu kat Proton Alor Setar, appointment pukul 8..

Setelah selesai kereta diservis lebih kurang dalam pukul 10 pagi aku pun bertolak ke Taiping.Aku bawa kereta perlahan aje.Mesyuarat pukul 2.30 petang so tidaklah kalut sangat.Dalam pukul 1 petang aku dah sampai di Kamunting.Sebab ada masa lagi 1 jam setengah,aku pun lepak makan dulu dekat area Stesyen Bas Kamunting tu.

Lepas makan baru lah aku bertolak ke Ibusawat Telekom Taiping.Mesyuarat bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pada 5.30 petang. Memang mengantuk gila lah! :)

Masa dalam perjalanan balik ke Kangar tadi pun aku memandu dalam keadaan mengantuk sangat.Alhamdulillah aku selamat tiba di rumah jam 9.30 malam tadi.

Monday, September 5, 2011

Kembali Mencoret..


Haha..hari ini aku keluar buat survey.
Apa maksud survey? 
Apabila seseorang pelanggan nak pasang talian telefon atau internet baru di premis mereka,pihak TM akan mengeluarkan order survey seperti di atas.So,tugas kontraktor macam aku adalah untuk pergi survey@siasat di premis pelanggan tersebut untuk merekod DP (distribution panel) yang terdekat dengan premis tersebut.Maklumat ini diperlukan oleh pihak telekom untuk menilai samada pemasangan tersebut boleh dilakukan atau tidak.

Nampak mudah bukan? aku ada 9 order surveys hari ini.Aku keluar buat survey jam 10 pagi tadi.Jam 5 petang  tadi baru siap semua surveys tu.Hehe..sakit pinggang aku..maklumlah hari ini jadi mat rempit! lebih mudah naik motor daripada naik kereta sebab kadang-kadang kena masuk jalan kampung yang kecil.Terimakasih kepada RJ kerana berkhidmat dengan jayanya hari ini.. :)

Friday, September 2, 2011

Diari Ramadhan 2011

Wahhh..sakan betul beraya sampai tak sempat nak update blog nih.Alhamdulillah malam ni dapat juga meluangkan masa update blog aku nih.
Entri kali ini aku buat khas untuk kejayaan aku melengkapkan Diari Ramadhan aku tahun ini.

Himpunan Diari Ramadhan 2011 :































Inilah Diari Ramadhan aku tahun ini.
Harapan aku tahun depan aku dapat lengkapkan lagi Diari Ramadhan aku, 
InsyaAllah..

Entri-entri lain