Nuffnang Ads

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Update : Diari Ramadhan #21 - Happy 7th Anniversary..


Untuk Diari Ramadhan kali ini aku post awal sikit sebab ianya jatuh pada tarikh yang istimewa.
Yer..hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinanku yang ke 7..
Terimakasih buat isteriku atas segala-galanya selama ini.Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat.
"Kaulah satu,satunya..di antara berjuta..insan teristimewa.. :)"






Saturday, August 13, 2011

Update : Diari Ramadhan #13 - Mulanya di sini..aku mengerti..


Di sini bermula episod baru kehidupan kamu..
Merdeka kan lah diri mu..
keluar dari belenggu yang tak menentu..
justeru terkeliru..
mengambil keputusan yang melulu 
tanpa rasa malu..
syahdu,pilu di sanubariku..




Diari Ramadhanku #12

Diari Ramadhan Rakan Rakan :

Hasfanizam Hamdan
Saiful Adli
Ahmad Radhafizal
CMRatu
Asraff Jamaludin
Speedrider

Duit Raya Dari Nuffnang





Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada blogger-blogger Nuffnang.
Sedar tak sedar dah 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.Di kala ini,ada yang sudah sedikit demi sedikit membuat persiapan untuk Hari Raya nanti.Masing-masing sibuk mencari duit raya untuk memenuhi keperluan di Hari Raya.Bagi yang sudah berkeluarga,keperluan anak-anak menjadi keutamaan.


Pelbagai cara di usahakan untuk menambah pendapatan untuk persediaan duit raya nanti.Ada yang membuat kerja part time,bekerja lebih masa (OT) dan berniaga di pasar Ramadhan,menjual kuih raya dan sebagainya selagi ianya halal dan tidak salah di sisi undang-undang.So,kepada sesiapa yang berniat mencari duit raya secara haram dan menyalahi undang-undang seperti menjual mercun contohnya,berfikir panjang lah yer.Jangan terlampau ghairah sampai tak memikirkan antara baik dan buruk.Nanti duit raya tah ke mana,silap-silap kena denda 2-3 kali ganda atau lebih teruk kena beraya dalam lokap.Rasa-rasa ada tak blogger Nuffnang yang nak meniaga mercun? :)


Kalau ada tu fikir-fikirkan lah ye kerana di Nuffnang sendiri macam-macam ada untuk menambahkan duit raya.Kita ada ChurpChurp, kongsi-kongsi dengan kawan pun boleh dapat duit raya :).Anda kreatif? RM10,000 mungkin jadi milik anda, KLIK <--- untuk yang kreatif sahaja. :) Cukup tak RM10,000 untuk duit raya anda?

Apa lagi yang ada kat Nuffnang? Kalau nak tahu mari join Kontes Menang Duit Raya anjuran PuanBee. Untung sabut timbul,mana tahu rezeki anda untuk Hari Raya nanti.Banyak hadiah-hadiah menarik termasuk wang tunai untuk dimenangi.Ragu-ragu? KLIK sini untuk hilangkan keraguan anda. :)

Sebelum saya akhiri,ingin saya nasihatkan di sini,walau macamana keadaan sekalipun janganlah cuba meminjam dari along atau ceti haram untuk tambahkan duit raya.Kawal nafsu,elakkan along atau ceti haram ini kerana takde faedahnya pun yang kita dapat.Cuma mereka aja yang dok makan faedah dari kita.Ukur baju di badan sendiri.Berita lebih lanjut boleh baca di Harian Metro.

Macam-macam taktik digunakan
Di Nuffnang, banyak ke sedikit ke duit raya yang boleh dikumpulkan bergantung kepada usaha dan rezeki kita masing-masing.Akhir kata selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya tidak lama lagi.Majulah Nuffnang untuk Duit Raya :)


Thursday, August 11, 2011

Update : Diari Ramadhan #11 - Cabut tanam, cabut tanam...


Kerja-kerja mencabut dan menanam tiang telefon TM Berhad..
Semoga Hari Raya nanti kita dapat sambut dengan gembira..Jom cari duit raya.. :)








Wednesday, August 10, 2011

Update : Diari Ramadhan #10 - Hari ke-sepuluh berpuasa

Alhamdulillah..Gembira rasanya 10 hari dah berpuasa..Tapi anak-anak aku ni ceria sebab diorang tak puasa..hehehe..kalau puasa muka tak akan seceria ni..

Apapun untuk korang yang masih dapat berpuasa,aku ucapkan selamat berbuka puasa lagi 3 jam..
Jom cari perut bakar, jommm !!!




Diari Ramadhan #9 - Perut kena bakar..



Tuesday, August 2, 2011

Diari Ramadhan #1 - Dunia kecilku..Keindahan Ciptaan Tuhan

Assalammualaikum semua, macamana puasa hari pertama? Harap-harap semua berjalan lancar ok..
Seperti biasa, pada bulan Ramadhan, kami di Penang Flickr Group akan mengadakan "Album Diari Ramadhan".InsyaAllah dari hari pertama hingga terakhir jika berkesempatan.

Harap korang enjoy dengan perkongsian Diari Ramadhan aku untuk tahun ini.. :)


Keindahan dunia si kecil ciptaan Allah s.w.t dari kaca mataku..






DIARI RAMADHAN

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan


BERSAMA MENCAPAI KECEMERLANGAN RAMADHAN


Entri-entri lain