Nuffnang Ads

Saturday, September 10, 2011

The Egg York..


"The Egg York" ini aku tangkap semalam di kawasan Sg.Baru, Perlis..dah lama tak memburu sunset tapi biasanya aku hanya suka "shoot" gambar matahari sahaja.Nyaris terlepas "moment" ni..nasib baik sempat jugak "shoot" egg york ni sebelum ianya tenggelam di sebalik awan..



Friday, September 9, 2011

RJ


Memanjakan RJ..petang nanti ada open house.Ramai kawan-kawan dia kat open house tu.Kena bagi dia hensem skit. :)
Esok pulak ada sesi photoshoot dengan RJ..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anakku Sayang - Gelagat di pagi Raya..

Gelagat anakku sayang di pagi Raya..

Anakku sayang sentiasa mencuit hati..

Anakku sayang menceriakan suasana pagi..

Anakku sayang bermacam ragam..

Anakku sayang dengan dunia ceria mereka..

Anakku sayang citarasa tersendiri..

Anakku sayang menyerlahkan kreativiti..

Anakku sayang menggamatkan suasana..

Terimakasih anakku sayang kerana memeriahkan lagi Hari Raya untuk tahun ini..
Walaupun letih nak mengawal mereka untuk sesi "family photoshoot",ianya amat bermakna melayan kerenah mereka masing-masing.. :)



Wednesday, September 7, 2011

Jangan jadi buaya!



Kepada buaya-buaya di luar sana.Sebesar mana pun anda berwaspadalah! Anda pasti ditangkap. :)
Amaran ini dibawa oleh Persatuan Bekas-Bekas Buaya Malaya.. :p

Wordless Wednesday 7

Wordless enuff? :)



Tuesday, September 6, 2011

To Taiping with Love..


Hari ini aku ada mesyuarat "Housekeeping Services" kat Telekom Taiping.
Dari Kangar aku bertolak pukul 7 pagi tadi sebab nak kena servis kereta dulu kat Proton Alor Setar, appointment pukul 8..

Setelah selesai kereta diservis lebih kurang dalam pukul 10 pagi aku pun bertolak ke Taiping.Aku bawa kereta perlahan aje.Mesyuarat pukul 2.30 petang so tidaklah kalut sangat.Dalam pukul 1 petang aku dah sampai di Kamunting.Sebab ada masa lagi 1 jam setengah,aku pun lepak makan dulu dekat area Stesyen Bas Kamunting tu.

Lepas makan baru lah aku bertolak ke Ibusawat Telekom Taiping.Mesyuarat bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pada 5.30 petang. Memang mengantuk gila lah! :)

Masa dalam perjalanan balik ke Kangar tadi pun aku memandu dalam keadaan mengantuk sangat.Alhamdulillah aku selamat tiba di rumah jam 9.30 malam tadi.

Monday, September 5, 2011

Kembali Mencoret..


Haha..hari ini aku keluar buat survey.
Apa maksud survey? 
Apabila seseorang pelanggan nak pasang talian telefon atau internet baru di premis mereka,pihak TM akan mengeluarkan order survey seperti di atas.So,tugas kontraktor macam aku adalah untuk pergi survey@siasat di premis pelanggan tersebut untuk merekod DP (distribution panel) yang terdekat dengan premis tersebut.Maklumat ini diperlukan oleh pihak telekom untuk menilai samada pemasangan tersebut boleh dilakukan atau tidak.

Nampak mudah bukan? aku ada 9 order surveys hari ini.Aku keluar buat survey jam 10 pagi tadi.Jam 5 petang  tadi baru siap semua surveys tu.Hehe..sakit pinggang aku..maklumlah hari ini jadi mat rempit! lebih mudah naik motor daripada naik kereta sebab kadang-kadang kena masuk jalan kampung yang kecil.Terimakasih kepada RJ kerana berkhidmat dengan jayanya hari ini.. :)

Friday, September 2, 2011

Diari Ramadhan 2011

Wahhh..sakan betul beraya sampai tak sempat nak update blog nih.Alhamdulillah malam ni dapat juga meluangkan masa update blog aku nih.
Entri kali ini aku buat khas untuk kejayaan aku melengkapkan Diari Ramadhan aku tahun ini.

Himpunan Diari Ramadhan 2011 :































Inilah Diari Ramadhan aku tahun ini.
Harapan aku tahun depan aku dapat lengkapkan lagi Diari Ramadhan aku, 
InsyaAllah..

Entri-entri lain