Nuffnang Ads

Wednesday, June 15, 2011

Di sebalik "Sedetik Terakam Memori"

Hari ini adalah hari terakhir untuk pameran "Sedetik Terakam Memori",kerjasama antara Penang Flickr Group dan Jabatan Taman Laut Negeri Kedah..Terimakasih kepada En.Nizam,pengarah JTL Negeri Kedah & rakan2 photog yg terlibat..
Aku pasti xkan lupakan pengalaman ini..ianya akan jadi antara pengalaman terbaik untuk hobiku dalam fotografi..Group kami adalah group pertama utk program ini.walaupun pada awalnya perasaan risau bermain-main dalam hati aku utk turut bersama dlm program ni..mana taknya,aku masih semi-amatur,mereka yg lain bagi aku adalah otai2 belaka..akhirnya aku gagahi juga utk follow..dlm hati berkata "relaks Jan,bukan selalu dpt peluang macam nih,follow je,tembak ape yg patut" keh keh keh..
Pulau Payar juga memberiku peluang utk lebih mengenali hati budi rakan2 photog yg lain..hangpa semua mmg sempoi..walaupun tsunami melanda tp hangpa tetap cool.. :p wakakakakaka..Terimakasih atas pengalaman yg kalian kongsikan dengan aku ; RoniNana, SirMart,Saiful Adli,Iznan Ismail,Sang Kuriang & Rizalis.. 


RoniNana - Pengetua Longkang.com
orang kuat "Sedetik Terakam Memori"
SirMart & Iznan Ismail
Presiden & Timbalan Presiden
Penang Flickr Group
2 penyelam yg hebat di Pulau Payar
Saiful Adli
 Pembenci rokok!
Sang Kuriang
English teacher by day..An owl by night -sigh-
Rizalis
OTAI yang kool..

Selama 2 hari 1 malam bersama depa nih,macam2 yg kami kongsi..sedikit sebanyak ianya mengeratkan lagi hubungan kami sebagai kawan.Aku sharekan beberapa gambar hasil photog semi amatur mcm aku..

Batu Menangis...

Sunrise di Pulau Payar


Underwater


Human Interest


Pulau Payar - memori yang terakam walau sedetik cukup indah..Sekian untuk kali ini..jumpa lagi geng.. :)


Marilah bergoyang!! "Sedetik Terakam Memori" bersama Penang Flickr Group..

Pengalaman yg x mungkin kan aku lupakan apabila bersama Penang Flickr Group, atas jemputan Jabatan Taman Laut Negeri Kedah, ke Pulau Payar untuk menjayakan program "Sedetik Terakam Memori"..Peluang mcm ni mungkin akan dtg sekali je dlm hidup aku..Terimakasih aku ucapkan kepada Penang Flickr Group kerana sudi mengajak aku bersama utk menjayakan program ini..kalian memang ohsemmm! :)

Dan lebih menarik lagi apabila gambaq2 ini kini dipamerkan di Balai Seni Negeri Kedah di Alor Setaq..Pameran berlangsung dari 2 Jun hingga hari ini 15 Jun 2011..Kepada yg sudi meluangkan masa pi tgk pameran,aku ucapkan ribuan terimakasih..




Pulau Payar,hingga kita berjumpa lagi.."Sedetik itu amat bermakna.yang terakam telah berbicara,tidak perlu lagi bersuara,memori yang indah abadi."



Tuesday, June 14, 2011

Ohh...Perompak pujaan...

Perompak!! Perompak!! Perompak pujaan..yaa, sebut aja perompak maka akan berpusu pusu la org mengepungnya..mana taknya,dalam dunia ni,inilah satu satunya perompak yg menjadi pujaan..Pujaan mereka mereka yg cenderung ke "Macro Photography"..tak lain x bukan si perompak lalat atau Robberfly..keh keh keh
Kenapa dia jadi pujaan yer..Pertama sekali sbb si perompak ni agak statik kedudukannya kerana apabila kita mendekatinya dia akan terbang TETAPI kita tidak perlu mengejarnya,hanya tunggu sbb dia akan kembali ke tempat yg kita nampak tadi..so,mudah utk kita shoot..bergantung kepada mood dia,jika dia kurang rasa terancam dia akan berada lama di satu2 kedudukan itu..so,x jadi masalah pun jika da 10 org beratur menunggu turn utk shoot si perompak nih.. :) dan satu lagi sebab mengapa dia menjadi pujaan ialah kerana kecantikn struktur badan & matanya yg sgt cantik..sampai la ni aku tak pernah berasa jemu utk shoot si perompak ni kalau terjumpa..

Koleksi si Perompak di sekitar rumah









Cerita di sebalik hitam putih...

Kebiasaannya,ramai org kata warna dalam sebuah gambaq akan membuat gambaq itu lebih menarik, lebih impact! Tapi bagi aku aku x penah meletakkan " kecantikan sesatu gambaq itu harus begitu begini ". Yang penting bagi aku, itu karya aku, maka akulah org pertama yg menikmatinya. Dan kalau org lain boleh menikmatinya, aku akan berasa senang hati juga.

Kembali ke tajuk cerita di sebalik hitam putih, bagi aku gambq hitam putih ni lebih banyak bercerita dari gambaq warna.."Soul" gambaq hitam putih lebih hidup..tapi aku bukan kata gambaq warna ni x best langsung,xdak soul langsung..dan mungkin jugak sebab kadang2 bila amik gambaq kaler,kaler yg aku inginkan x keluaq..x menyerlah seperti yg aku harapkan, dan hitam putih biasanya byk menjadi solusi utk masalah tersebut...keh keh keh.. :p 





RMI - Racun Minggu Ini Penang Flickr bertemakan "Hitam Putih"..so aku pun amik kesempatan utk mengomel sikit pandangan aku yg x seberapa nih..hingga berjumpa lagi.. Salam...

p/s aku seronok mengambil gambaq.. ;|





..Memburung..

Teruja sungguh bila baca blog NazaPhotos-Lens on Birds tadi..teringat kata kata beliau "I'm not really a bird lover but capturing them through the shutter is a totally different thing"..aku pun bukan bird lover tp aku suka capturing them thru my lens..
Tempat pertama aku pi memburung ialah di Ladang Byram Nibong Tebal..tempat ni terkenal dgn migratory birds..Little tern,bee-eater,kingfisher,pratincole,lapwing,stilt,brahminy kite,egret,heron dan macam2 species lagi boleh didapati di Byram..


Little tern sedang memburu ( Byram )


Green-billed Malkoha jalan2 cari makan sekitar ofisku

The dancing queen..Flamingo in Wetland Putrajaya

Moga moga lepas ni aku leh gi memburung lagi..teringin gak nak pi fraser hill tp lens tak cukup power..keh keh keh..apepun guna je la apa yg ada..asalkan kita happy..kann?? jumpa lagi.. :)



Sunday, June 12, 2011

Aku rindu..

Yaaa..
aku bebetul rindu..makin lama makin tebal perasaan rindu ini..tp apakan daya masa tak memihak padaku.aku cemburu bila mendengar mereka bersama sedangkan aku di sini sendirian..ohh tidakkkk mengapa begini jadinya..kenapa sudah lama aku tak "Macro Outing" bersama geng2 macro ku..keh keh keh..

Betul..
aku still leh layan macro sorang2 kat rumah kan..tapi berbezaan yg utama antara solo outing & group outing ialah "suasana"..Bila solo,sunyi sepi ja rasa.kalau group,mmg meriah dgn gelak ketawa,gurau senda & kerenah kawan2.sat2 terdengaq "weiii JAn,robber besaq weii.mai kaihhh weii"..dan mcm2 lagi lah..ada yg leh bersembang ngan bugs lagi..mcm tu la kalau taik2 macro ni outing bersama..keh keh keh..


Antara "favourite" spot aku kalau gi macro outing ialah kat Kawasan Rekreasi TUPAH, 14km dari Pekan Bedong dan 54km dari Alor Setar.ape yg menarik kat sini ialah kepelbagaian bugs yg boleh dijumpai..AKu sikit pun x penah boring kalau bermacro di Tupah..


Little Longhorn Beetle

Orb-weaver Spider

Sekian dulu utk kali ini..TUPAH! ko tunggu kedatanganku nanti...!!!




Saturday, June 11, 2011

....From Kangaq to Kolumpo....

Selamat pagi semua,aku kini berada di kolumpo kota metropolitan..disebabkan cuti sekolah kak Pohcik aku telah meminta aku menghantar anak2 aku bercuti di rumah dia di Kolumpo nih..so, hari ni aku mai nak amik anak2 aku balik ke Kangaq lah..

So, pagi tadi lebih kurang pukul 9 pagi aku pun bertolak dari rumah bersama dgn adik ipaq aku sbg peneman..tp sebelum tu aku kena pi ke balai baru beseri dulu..sbb aku kena buat satu "pickup" kat situ..for ur info,kak pohcik aku ni bkn boleh tau yg aku nak pi kolumpo,ada saja benda dia nak kirim..tapi xpa lah,aku xdak masalah pun nak jadi "transporter"..lebih2 lagi kalau yg ditransportkan tu ialah "mangga harumanis!"

Port utk cari harumanis ni seperti Bukit Bintang Sg Batu Pahat, Paya Kelubi, Santan & Balai Baru Beseri..banyak lagi port lain tp area ni yg slalu aku beli..nasib kurang baik lah,nak dekat dekat abih musim dah..stok dah kurang tp permintaan masih ada..jadik aku pun membeli 6kg harumanis utk dibawa ke Kolumpo..sekilo berapa? RM15!!!! redha je la..akekekeke..

.....Sekilo RM15 oooo...

Tapi bila dapat isi mcm nih lupa teruih mahai ka murah...hehehe





Friday, June 10, 2011

Digital Camera Magazine ( DCM )

Aku start beli Digital Camera Magazine (DCM) ni masa mula-mula aku beli DSLR NikonD60 pada September 2009..dan sampai hari ni aku x penah miss membelinya setiap bulan..Banyak ilmu dan inspirasi yang aku dapat dari DCM nih..Antara gambar-gambar yang membuat aku bersemangat untuk meneruskan hobi aku ni ialah pada keluaran :

SEPTEMBER 2010

DISEMBER 2010

JANUARI 2011

Walaupun banyak lagi majalah2 fotografi di pasaran, DCM tetap menjadi pilihan aku..Bagaimana dengan ANDA? tunggu ape lagi,pergilah ke kedai2 buku berdekatan utk mendapatkannya... :)



Entri-entri lain