Nuffnang Ads

Saturday, August 13, 2011

Update : Diari Ramadhan #13 - Mulanya di sini..aku mengerti..


Di sini bermula episod baru kehidupan kamu..
Merdeka kan lah diri mu..
keluar dari belenggu yang tak menentu..
justeru terkeliru..
mengambil keputusan yang melulu 
tanpa rasa malu..
syahdu,pilu di sanubariku..




Diari Ramadhanku #12

Diari Ramadhan Rakan Rakan :

Hasfanizam Hamdan
Saiful Adli
Ahmad Radhafizal
CMRatu
Asraff Jamaludin
Speedrider

“Contest Aidilfitri | Hosting, Domain, Duit Raya ”


"Eye See You The Way You Want Me To"




Duit Raya Dari Nuffnang





Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada blogger-blogger Nuffnang.
Sedar tak sedar dah 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.Di kala ini,ada yang sudah sedikit demi sedikit membuat persiapan untuk Hari Raya nanti.Masing-masing sibuk mencari duit raya untuk memenuhi keperluan di Hari Raya.Bagi yang sudah berkeluarga,keperluan anak-anak menjadi keutamaan.


Pelbagai cara di usahakan untuk menambah pendapatan untuk persediaan duit raya nanti.Ada yang membuat kerja part time,bekerja lebih masa (OT) dan berniaga di pasar Ramadhan,menjual kuih raya dan sebagainya selagi ianya halal dan tidak salah di sisi undang-undang.So,kepada sesiapa yang berniat mencari duit raya secara haram dan menyalahi undang-undang seperti menjual mercun contohnya,berfikir panjang lah yer.Jangan terlampau ghairah sampai tak memikirkan antara baik dan buruk.Nanti duit raya tah ke mana,silap-silap kena denda 2-3 kali ganda atau lebih teruk kena beraya dalam lokap.Rasa-rasa ada tak blogger Nuffnang yang nak meniaga mercun? :)


Kalau ada tu fikir-fikirkan lah ye kerana di Nuffnang sendiri macam-macam ada untuk menambahkan duit raya.Kita ada ChurpChurp, kongsi-kongsi dengan kawan pun boleh dapat duit raya :).Anda kreatif? RM10,000 mungkin jadi milik anda, KLIK <--- untuk yang kreatif sahaja. :) Cukup tak RM10,000 untuk duit raya anda?

Apa lagi yang ada kat Nuffnang? Kalau nak tahu mari join Kontes Menang Duit Raya anjuran PuanBee. Untung sabut timbul,mana tahu rezeki anda untuk Hari Raya nanti.Banyak hadiah-hadiah menarik termasuk wang tunai untuk dimenangi.Ragu-ragu? KLIK sini untuk hilangkan keraguan anda. :)

Sebelum saya akhiri,ingin saya nasihatkan di sini,walau macamana keadaan sekalipun janganlah cuba meminjam dari along atau ceti haram untuk tambahkan duit raya.Kawal nafsu,elakkan along atau ceti haram ini kerana takde faedahnya pun yang kita dapat.Cuma mereka aja yang dok makan faedah dari kita.Ukur baju di badan sendiri.Berita lebih lanjut boleh baca di Harian Metro.

Macam-macam taktik digunakan
Di Nuffnang, banyak ke sedikit ke duit raya yang boleh dikumpulkan bergantung kepada usaha dan rezeki kita masing-masing.Akhir kata selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya tidak lama lagi.Majulah Nuffnang untuk Duit Raya :)


Friday, August 12, 2011

Update : Diari Ramadhan #12 - Ibuprofen,harapanku padamu..

Akhirnya aku tak boleh tahan lagi dengan sakit pinggangku..
Hari ini masuk hari kedua pinggangku buat perangai.Biasanya bila masuk hari kedua ianya akan beransur lega tapi kali ini tidak..Arghhhh..stress aku macam ni..apa pun tak boleh buat..

Pukul 5 petang tadi aku mengambil keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kangar.
Alhamdulillah orang pun tak ramai..
Setelah mendaftar aku pun masuk ke klinik pemeriksaan.Tetapi macam biasa sebelum itu kena periksa saringan oleh misi dahulu untuk ditentukan sakit aku ni perlu berjumpa dengan doktor atau pembantu perubatan..Maka aku pun disuruh mengambil sampel air kencing untuk menentukan simtom sakit pinggang aku nih..

Aku terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk mereka mendapat keputusan ujian air kencingku..
Akhirnya nombor giliranku dipanggil.."ok encik,hasil ujian menunjukkan ada kekotoran dalam air kencing encik..so,saya akan memberikan ubat sakit pinggang dan antibiotik untuk encik" terang Doktor kepadaku..
"tetapi di samping itu,saya juga dapati kandungan gula yang tinggi dari hasil ujian nih.so, Isnin ini saya nak encik datang untuk membuat ujian menyeluruh untuk menentukan tahap kencing manis encik,boleh?" kata doktor itu lagi.."Boleh doktor.." jawabku ringkas dan tenang..tapi dalam hati Tuhan aje yang tahu..dah la memang keturunanku ada kencing manis..Tawakal..

Jadi ubat Ibuprofen sakit pinggangku menjadi isian Diari Ramadhanku hari ni.. :)
Jumpa lagi..





Thursday, August 11, 2011

Update : Diari Ramadhan #11 - Cabut tanam, cabut tanam...


Kerja-kerja mencabut dan menanam tiang telefon TM Berhad..
Semoga Hari Raya nanti kita dapat sambut dengan gembira..Jom cari duit raya.. :)








INFO : Membayar Zakat Fitrah Melalui SMS

Tahukah anda Celcom menyediakan khidmat Pembayaran Zakat Fitrah melalui SMS?

Di sini aku ingin berkongsi langkah-langkah bagaimana untuk kita membuat bayaran melalui khidmat SMS dari Celcom..

Langkah Pertama :
Langkah Kedua :
  • Setelah menerima jawapan dari 21999,anda hanya perlu ikut instructions yang diberikan

Langkah Ketiga :
  • Setelah selesai mengikut arahan SMS tersebut,anda boleh layari http://mfitrah.celcom.net.my seperti di atas untuk mengetahui status & resit SMS pembayaran untuk Zakat Fitrah anda.

Untuk pengesahan, anda kena masukkan No.Telefon & No.Kad Pengenalan di kotak yang diberikan.

Di atas ditunjukkan perincian resit pembayaran Zakat Fitrah anda.

Anda juga boleh menggunakan resit SMS pembayaran untuk dirujuk di Pusat Zakat yang berdekatan.

Cukup mudah untuk mengikuti langkah-langkah tersebut.tak sampai 5 minit dah boleh settle pembayaran zakat fitrah anda.

Kini tiada lagi alasan tidak sempat dan sebagainya ..
CUBA LAH.. :)





Wednesday, August 10, 2011

Update : Diari Ramadhan #10 - Hari ke-sepuluh berpuasa

Alhamdulillah..Gembira rasanya 10 hari dah berpuasa..Tapi anak-anak aku ni ceria sebab diorang tak puasa..hehehe..kalau puasa muka tak akan seceria ni..

Apapun untuk korang yang masih dapat berpuasa,aku ucapkan selamat berbuka puasa lagi 3 jam..
Jom cari perut bakar, jommm !!!




Diari Ramadhan #9 - Perut kena bakar..



Wordless Wednesday 5


My Wordlesses
Iklan





Entri-entri lain